CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Thursday, December 11, 2014

:: Teman Pembersih Buah & Sayuran Kegemaran--Basic H2 ::


Salam semua dan selamat Hari Jumaat. Sayyidul Ayyam--Penghulu segala hari. Allahumma Salli 'ala Sayyidina Muhammad. Hari ini rasa teruja amat sangat untuk updates blog sebab nak kongsikan tentang Basic H2 Shaklee yang Liya guna. Bukan semata-mata untuk promosi, tetapi lebih kepada untuk berkongsi kebaikan. Semoga bermanfaat.

Al-kisahnya Liya pernah ditegur oleh Pensyarah Liya, Prof Zul sebab makan buah anggur dan epal tanpa membasuhnya dengan betul-betul. Perasan tak, setiap kali kita beli buah epal, anggur atau plum, pada bahagian kulit (membran) ada selaput putih yang digunakan oleh pengeluar buah untuk membuatkan membran buah tahan lama, terutama untuk tujuan eksport. Rupanya bahan itu diperbuat daripada kimia dan tidak baik untuk kesihatan.

Liya tiba-tiba menjadi sedar bahawa selama ini terlepas pandang tentang hal ini. Lalu teringat yang Mak Tiri Shaklee Liya, Wawa pernah mengemaskini status Facebook beliau tentang kegunaan Basic H2. Liya pun apa lagi, hubungi beliau untuk mendapatkan produk ini. Setelah menggunakannya, Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan kesan dan rasa lebih selamat untuk makan buah dengan kulitnya (kulit buah banyak khasiat--boleh tanya Mr Google ;-)) dan selain itu, untuk bersihkan sayuran (semburan racun perosak--bahaya ooo).

Basic H2 tu keluaran Shaklee ini adalah Organic Super Cleaning Comcentrate. Daripada 437ml dalam stiap botol, boleh menghasilkan 182 liters penggunaan. Sangat pekat. Jimat dan tahan lama. Untuk bersihkan buah, Liya hanya titiskan 2,3 titis Basic H2, bancuhkan dengan air dan biarkan buah sementara. Kemudian, bilas macam biasa. Hasilnya, tiada lagi selaput putih pada membran buah. Tadaa--selamat dan sedia untuk dimakan.

Selain itu, Basic H2 amat menjimatkan, benar-benar berkesan membersihkan dan menanggalkan minyak gris degil kerana kepekatan berganda yang hebat. Boleh juga digunakan untuk pembersihan dan cucian-- membuang kotoran, minyak gris dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh; luar dan dalam, dinding-dinding, tingkap dan cermin, peralatan dapur. Liya juga gunakan untuk bersihkan bahagian dalam permukaan tandas. Titiskan Basic H2, biarkan sekejap dan berus dengan pemberus. Masya-Allah hasilnya mengagumkan. 

Jangan risau, ianya selamat dan diperbuat daripada bahan organik. Selamat mencuba.


PM/WS Liya 019-9590635

No comments: