CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Saturday, December 13, 2014

:: Pengedar Shaklee Puncak Alam, UiTM Puncak Alam, Alam Suria, Bukit Cerakah, Meru, Kapar dan Kawasan Berhampiran ::

Assalamualaikum & Hai Semua ♥


Liya pengedar Shaklee Puncak Alam.;-)

Saya LIYA salah seorang Pengedar Shaklee area Puncak Alam - ID 1177486

Kawasan COD (cash on delivery) dibuat di kawasan berikut :

(boleh request juga kawasan berhampiran)
  •  Puncak Alam - UiTM Puncak Alam, Alam Jaya, berhampiran Econsave Alam Jaya
  • Fasa 1 Puncak Alam
  • Fasa 2 Puncak Alam
  • Fasa 3 Puncak Alam
  • Alam Suria
  • Bukit Cerakah
  • Sekitar Meru
  • Sekitar Kapar 
  • Dan kawasan Puncak Alam yang berhampiran.

Saya tinggal di  Alam Jaya, Puncak Alam

Khidmat penghantaran percuma (COD) dibuat di kawasan tersebut, manakala khidmat pos disediakan untuk yang berada jauh dari Puncak Alam.


Untuk student dan customer yang berminat mencuba produk Shaklee tetapi mempunyai kekangan kewangan, saya sarankan anda cuba set bajet dalam gambar ni dulu ya.


Boleh terus whatsapp/sms saya 
LIYA 019-9590635 
untuk pertanyaan produk dan order.
Boleh tengok & like FB Page saya 
www.facebook.com/LIYANeededSupplementStore
atau follow IG:
http://instagram.com/darlieeya_putri
untuk lebih info dan promosi terkini.

♥ Terima Kasih Semua :) ♥


:: ESP (Energy Soy Protein) Shaklee ::

Assalam dan selamat semuanya. Haiii!! Kali ini entry nak cerita tentang.. tentang.. Ahh sila bacala yea. Peace! Hehehe..




ESP (Energy Soy Protein) Shaklee. Liya memang sangat beri cadangan untuk sesiapa yang berkemampuan, berkeperluan dan mementingkan kesihatan untuk mencuba ESP Shaklee ni. Berkeperluan disini maksudnya siapa yang mengetahui keperluan diri untuk perlu mengambil protein berasaskan soya (seperti; ibu mengandung, berpantang & menyusu, masalah kesuburan, orang tua, masalah diabetes, pengamal diet sihat).

Seperti yang semua sedia maklum, 25% daripada tubuh manusia dibina daripada protein. Contohnya pembinaan tisu kuku, kulit dan otot-otot seluruh badan. Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhirnya organ-organ ini membentuk sistem.  Jadi, alirannya adalah SEL—TISU—ORGAN—SISTEM. Makanya, badan kita sebenarnya SANGAT memerlukan protein. Ini kerana, PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Wah, macam pensyarah tak Liya bagi syarahan. Anak-anak didik semua, faham? Hahaha..

Liya mula ambil ESP Shaklee selepas sangat tertarik dengan produk ini, pertama kali diperkenalkan oleh seorang kawan. Awalnya, kawan Liya memberi tester untuk dicuba. Selepas mencuba, Liya rasa kenyang dan perut jadi lebih kemas—bahasa kampung Liya.. hehehe.. (masa tu cuba time breakfast). Biasanya pagi-pagi tak lalu nak ambil makanan berat, jadi kurang ambil sarapan pagi (oh, sangat tidak disarankan yea—sarapan sangat penting). Bila minum ESP, tekak boleh terima sebab rasanya sedap. Paling utama, rasa kenyang dan bertenaga. Bila Liya buat pembacaan, rupanya ESP Shaklee ni dihasilkan daripada kacang soya yang hanya mengandungi ‘non-GMO’ (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Sebab utama menjadikan perut kenyang dan lebih kemas adalah kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39. 

Makanya, ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis juga.. Waaa..
Lagi, satu hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, dan tiada asid urik (sesuai untuk pesakit gout). ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manuasia, diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Waaa, menarik bukan! Biasanya Liya ambil 2 sudu besar pada setiap pagi sebelum sarapan—boleh bancuh dengan susu, Meal Shakes dan Performance Drink atau  minuman lain kecuali minuman berkafein.

MANFAAT UTAMA1) Awet muda—asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yabg kerap adalah kunci kepada awet muda-- 2)Baik untuk hormon—kacang soya kaya dengan isoflavones fungsinya sama dengan hormon wanita), bantu rendahkan paras kolestrol, cegah risiko osteoporosis dan sakit jantung—3)Pembekal tenaga—bekal tengaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan—4)Baik untuk prostatGenestein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukar sel DNA kepada sel kanser. Baik juga untuk pemulihan uterus, ovari, monopaus dan pembesaran prostat.


Ok, dah selesai Liya membobel. Bobel berilmu orang kata. Semoga ada yang bermanfaat. Mari sambung buat assignment. Mak aihh, nak habis semester, makin banyak rasanya assignment. Katanya, orang last minute, gini la gayanya. Jangan tiru ya! Tak baik untuk kesihatan. Ngeee. Mak sibuk dengan kerja dan keluarga, nak. Aik, updates blog ada masa pulak. Esh esh esh. Hehhe. Babai. Happy reading! 

Ini botol-botol sebagai kenangan. Isinya sudah selamat masuk ke dalam perut. Moga menjadi otot yang sihat dan kuat untuk memberi manfaat. Liya suka perasa vanilla sebab sedap. Yay!!

LIYA 019-9590635

Friday, December 12, 2014

:: Darjah Kebesaran Ahli Mahkota (A.M.S) Selangor ::

Salam semua. Liya berasa sangat terharu untuk memulakan entry ini. Apa tidaknya, sedang Liya teringatkan keluarga angkat di Batu Laut, Kuala Langat-- tempat Liya berteduh daripada hujan panas dan menumpang kasih selama 3 tahun berkhidmat di Batu Laut dari 2008-2011, selang beberapa minit, Mak Anjang Azura (tuan rumah) menghantar beberapa keping gambar Kiki (Ahmad Syukri Abd Aziz-satu-satunya anak lelaki mereka) yang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor semalam 11 Disember 2014 bersama teman sepasukan Kategori 420, Faizal. Masya-Allah, betullah orang kata, jika kita teringatkan seseorang, rupanya pada masa yang sama, orang itu juga sedang teringatkan kita. Brain-connection orang kata. 

Liya kenal Kiki sebagai seorang anak yang sangat taat kepada kedua orang tuanya. Malahan sangat merendah diri serta mengambil berat tentang orang di sekeliling. Hatinya menjadi ampuh dan kuat dek kerana berjauhan daripada keluarga sejak masih berhingus. Atas dorongan keluarga, beliau menceburi bidang Sukan Layar dari bangku sekolah rendah dan menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Akhirnya, beliau ditawarkan ke Sekolah Sukan Layar yang berpangkalan di Langkawi, Kedah.

Bukan senang nak senang. Kiki berusaha tanpa jemu dan jatuh bangun dengan kudrat dan sifat tawakkal pada Allah Yang Satu. Sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi menjadi modal utama untuk terus berdiri gagah. Mak Anjang dan Pak Anjang yang Liya kenal sangat menghormati keputusan anak serta terus memberi sepenuhnya semangat.

Sepanjang Liya berada di Batu Laut, Liya sempat menyertai Kelab Sukan Layar Kuala Langat yang berpusat di Pantai Batu Laut. Kelabnya sangat aktif dan mengadakan latihan pada setiap hujung minggu. Ahli pasukan (pelayar) didedahkan dengan latihan yang konsisten dan berpeluang menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Liya juga pernah berpeluang menyertai Regatta di Sabah. Seronok! Sebab boleh naik belon. Hehehe.

Berbalik pada cerita Kiki, beliau bersama rakan sepasukan, Faizal telah mengharumkan nama negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon baru-baru ini dengan memenangi Pingat Emas acara 420. Sungguh membanggakan. Lebih membanggakan, beliau akan memulakan pengajian di UiTM Arau, Perlis pada Januari nanti. Siapa kata bersukan akan menyebabkan pelajaran merosot? Lihat dan contohilah Kiki dan Faizal. Mereka sama-sama akan memulakan pengajian di UiTM.


Kiki bersama Pak Anjang (Abd Aziz bin Abas-bapa) & Mak Anjang (Azura binti Ali-ibu) semasa menerima darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor. Ohh kacaknya Kiki. Dah besar kau, dik!

Sultan Selangor menyampaikan pingat kepada Kiki. Beliau kini dalam fasa Cuti Sakit kerana sedikit kecederaan dan akan memulakan pengajian di UiTM, Arau pada Januari. UiTM Arau dipilih untuk memudahkan sesi latihan Sukan Layar pada setiap hujung minggu di Langkawi, Kedah. Chayok-chayok, Kiki!!



Siapa lagi segak? Pak Anjang, Faizal dan Kiki?? Hehehe. Tahniah Wira Negara!


FAKTOR KEJAYAAN:
1-- Tiada usaha tanpa lelah. Berlelah pasti dikunjungi sinar kejayaan. Itu janji yang pasti!
2-- Doa restu ayah ibu senjata paling kuat. Redha Allah hanya selepas redha ibu dan ayah!
3-- Berpijak di bumi nyata berpayungkan langit Ilahi, menjadi gembala kerbau yang setia di belakang tempat berpijak walau punya sayap untuk mengerbang jauh.
4-- Lihat makhluk di sekeliling yang sentiasa tersenyum dengan doa serta sinar harapan setiap kali kaki getar lumpuh untuk bergagah. 

Thursday, December 11, 2014

:: Teman Pembersih Buah & Sayuran Kegemaran--Basic H2 ::


Salam semua dan selamat Hari Jumaat. Sayyidul Ayyam--Penghulu segala hari. Allahumma Salli 'ala Sayyidina Muhammad. Hari ini rasa teruja amat sangat untuk updates blog sebab nak kongsikan tentang Basic H2 Shaklee yang Liya guna. Bukan semata-mata untuk promosi, tetapi lebih kepada untuk berkongsi kebaikan. Semoga bermanfaat.

Al-kisahnya Liya pernah ditegur oleh Pensyarah Liya, Prof Zul sebab makan buah anggur dan epal tanpa membasuhnya dengan betul-betul. Perasan tak, setiap kali kita beli buah epal, anggur atau plum, pada bahagian kulit (membran) ada selaput putih yang digunakan oleh pengeluar buah untuk membuatkan membran buah tahan lama, terutama untuk tujuan eksport. Rupanya bahan itu diperbuat daripada kimia dan tidak baik untuk kesihatan.

Liya tiba-tiba menjadi sedar bahawa selama ini terlepas pandang tentang hal ini. Lalu teringat yang Mak Tiri Shaklee Liya, Wawa pernah mengemaskini status Facebook beliau tentang kegunaan Basic H2. Liya pun apa lagi, hubungi beliau untuk mendapatkan produk ini. Setelah menggunakannya, Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan kesan dan rasa lebih selamat untuk makan buah dengan kulitnya (kulit buah banyak khasiat--boleh tanya Mr Google ;-)) dan selain itu, untuk bersihkan sayuran (semburan racun perosak--bahaya ooo).

Basic H2 tu keluaran Shaklee ini adalah Organic Super Cleaning Comcentrate. Daripada 437ml dalam stiap botol, boleh menghasilkan 182 liters penggunaan. Sangat pekat. Jimat dan tahan lama. Untuk bersihkan buah, Liya hanya titiskan 2,3 titis Basic H2, bancuhkan dengan air dan biarkan buah sementara. Kemudian, bilas macam biasa. Hasilnya, tiada lagi selaput putih pada membran buah. Tadaa--selamat dan sedia untuk dimakan.

Selain itu, Basic H2 amat menjimatkan, benar-benar berkesan membersihkan dan menanggalkan minyak gris degil kerana kepekatan berganda yang hebat. Boleh juga digunakan untuk pembersihan dan cucian-- membuang kotoran, minyak gris dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh; luar dan dalam, dinding-dinding, tingkap dan cermin, peralatan dapur. Liya juga gunakan untuk bersihkan bahagian dalam permukaan tandas. Titiskan Basic H2, biarkan sekejap dan berus dengan pemberus. Masya-Allah hasilnya mengagumkan. 

Jangan risau, ianya selamat dan diperbuat daripada bahan organik. Selamat mencuba.


PM/WS Liya 019-9590635

Tuesday, December 9, 2014

:: Perlukah Supplements Semasa Sambung Belajar?? ::




Ini entry untuk cerita tentang diri sendiri sikit. Al-maklumla, salah satu tujuan buat blog ni dulu sebab berangan nak tulis apa saja dengan motif syok sendiri.. Kiki.. Sila jangan muntah hijau yah!

Al-kisahnya, Liya ambil keputusan untuk sambung belajar peringkat Sarjana (Master) sebab.. sebab apa ek? Hmmm tujuan utama untuk tingkatkan diri dan tahap pemikiran kepada yang lebih tinggi lagi.. Ececeh.. Lagi pun kan tak salah nak sahut cabaran "Belajarlah kamu sehingga ke negeri China." Titik!

Tidak dapat dinafikan, permulaannya agak hebat dan membutuhkan segala urat kudrat dan tenaga yang tidak disangka-sangka. Bebanan kerja, jadual belajar Postgraduate yang padat (kelas, assignment, test, final exam), keluarga dan masa untuk diri sendiri. Perlu dibahagi sama rata. Kadang-kadang tak rata sangat pun bila penat menjengah. Tidak habis. Tidak berkesudahan. Sob sob sob..

Masa tu, pernah rasa nak tarik diri. Namun, dalam payah, Allah sentiasa memberi jalan selagi ada kesungguhan. Sokongan keluarga dan kawan-kawan serta baki kekuatan yang ada dalam diri. Masya Allah. Nasib baik tak tarik diri. Buat rugi jaa noh.. Kikiki..

Suatu hari terlintas,  untuk memenuhi keperluan diri ini, Liya terfikir yang Liya perlukan sesuatu untuk kekal aktif & bertenaga untuk segala  keperluan di atas? Alhamdulillah, gerak hati dan sedikit pembacaan membantu. Liya perlukan makanan tambahan untuk menampung segala keperluan diri. Akhirnya, Liya mencuba nasib dengan mengambil produk Shaklee. Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP untuk permulaa. Hasilnya, Masya Allah. Masih boleh pergi kerja, pergi kelas, buat assignment & ada lagi baki tenaga untuk keluarga.

Tup tap tup tap. Sekarang Liya sudah berada di Semester 3. Tinggal satu Semester untuk habiskan tesis (dissertation). Semoga Allah permudhkan segalanya. Doakan bersama, yach!

Ketahui keperluan diri anda.

PM/WS Liya 019-9590635

:: Set SHAKLEE Untuk Siapa?? ::

SET SHAKLEE
Jeng.. jeng..jeng..kreng! 



Entry Liya kali ini nak cerita habaq mai sikit senarai pelbagai supplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Boleh hubungi Liya untuk keterangan lanjut dan free consultation ya! Tau..tau!! Sebab rasa seronok tahap dewataraja (semalam punya cerita), pergi belajar buat blog & bagai-bagai lagi dengan Mak Tiri Shaklee Liya.. Kiki.. Boleh tengok blog beliau yang soopa-soopa hebat kat www.norazua10.blogspot.com. Baik budaknya! Caya lah..

Anti-Aging Vivix, Collagen Powder
---------------
Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
---------------
Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex, Vitamin C
--------------
Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix
--------------
Children's Health Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake
--------------
Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc,  ESP, Ostematrik
--------------
Diabetes Set GLA Complex, B Complex, Zinc
--------------
Gout Set Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
--------------
Immune Booster NutriFeron
--------------
Kesihatan Optimum Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrik
--------------
Kesihatan Sendi/Tulang Ostematrik, Advanced Joint Health Tablet, Omeg Guard
--------------
Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
--------------
Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
--------------
Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Vivix, Collagen Powder
--------------
Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
--------------
Weight Management Lecithin@Omega Guard, Herblax@Alfalfa, ESP@Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix
--------------
Individuals yang tak suka pill/tablet Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron


Saturday, December 6, 2014

:: Set Kesuburan SHAKLEE--GLA Complex & ZINC Complex ::


TESTIMONI SIAPA??-- Diri sendiri!

Liya mula cuba ambil GLA Complex & ZINC Complex. Itu pun sebab pekak dah telinga dengar promo itu ini untuk cuba Set Kesuburan selepas tiga tahun kahwin pun masih belum dikurnia rezeki anak. Katanya nak jaga hati-- ambil la (Tuhan juga yang gerakkan hati).


Nak dijadikan cerita, selepas beberapa kali ambil kedua-dua produk ini, rasa sakit pada bahagian pangkal rahim setiap kali datang bulan. Ini luar biasa. Apa tidaknya, selama ini tak pernah ada masalah dengan kitaran haid atau masalah senggugut bagai tu. 



Kami buat keputusan untuk pergi jumpa gynae. Hah, bila buat imbasan (scan), doktor bagitau ada cyst pada bahagian kiri dan kanan ovari. Tak terduduk pulak mak masa tu kan. Kiki. Jadi cadangannya, datang lagi untuk buat imbasan pada bulan seterusnya. Pendek cerita, kedua-dua cyst makin membesar. Doktor sarankan buat Laparoscopic surgery (bedah untuk buang la tu). 



Bulan Februari 2014, alhamdulillah berjaya buat Laparoscopic Surgery di DEMC Shah Alam. Alhamdulillah sekarang makin sihat.



Mungkin anda yang sudah lama berkahwin patut cuba seperti Liya. Liya sudah--anda bila lagi?? Ngeee. Peace yo!


Boleh WS/PM LIYA 019-9590635