CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Sunday, March 6, 2011

:: Sangat Best Jadi Cikgu Bila....::

credit to mr google;-)


Siapa yang rajin baca, silakan..Entry ini tersangat la panjang dan membosankan..Seyes!!!


Pertama:
Balik2 dari kelas 4masa direct bersamaan 160minit, dr jauh terlihat atas meja sendiri yang boleh tahan la semak nya dengan buku-buku nota dan rujukan, ada sekotak air melo favorite yang baru keluar dari peti ais agaknya sebab ada air jernih rintik2 di luar kotak.. Siapa yang baik hati bagi aku air kotak ni???~jerit kuat2 dalam hati.. Owh ada nota terselit disitu.. " Untuk teacher yang baik; ikhlas SA, 2 B".. Perghhh Liya ada Secret Admire ker?? ~ terus pengsan sambil senyum..


Kedua:
Pelajar tak bawak buku teks.. Tiba pulak mood nak check buku teks hari tu.. Dalam kepala otak tekeluar perkataan "memang nak kena budak2 ni!!".. Idea bagus tu~ mekasih cik otak yang bijak!.."Siapa yang tak bawa buku teks, sila berdiri!!!"..Dalam hati dah gelak2 jahat sebab nampak muka students dah cuak..Ada yang segera keluar konon-konon nak pergi pinjam buku teks dengan kawan kelas sebelah .. Tapi jangan harap la sebab cikgu nya ni dah siap2 tunggu kat depan pintu..Ehehhee.."Yang berdiri, sila jentik siku kiri dan kanan 20x berselang-seli yer!!"~ Tetiba satu kelas gelak kaw2 sampai pelajar kelas sebelah terjenguk2.. Apa Liya dah buat???!!


Ketiga:
Tiap kali 16 Mei (Hari Guru la tu..) Penuh kaki tangan bawak hadiah yang dari sebesar2 kuman hingga sebesar2 gajah di seberang lautan.. Tak termasuk lagi yang senyap2 letak kat atas meja di bilik guru.. Memang kena datang sekolah bawak lori la pada hari kejadian.. Itu pun kalo tahun depan pelajar masih lagi ingat nak bagi hadiah;-P.. Kalo tak sia-sia buat malu jer bawak lori pasir yang comot tu datang sekolah.. Aje giler buang tebiat ke hapa cikgu nih!


Keempat:
Ramai ibu bapa yang telefon ucap terima kasih sebab telah merotan anaknya sehinga menjadi insaf dan berubah personaliti menjadi seorang anak yang begitu bagus dan alim.. Hadoihh!! Tadi Liya rotan dengan rotan azimat ker??? Serta merta berlaku perubahan.. Seharian pening + nak muntah + loya kesan dari memikirkan apakah azimat yang keluar dari rotan dan terus meresap ke kulit pelajar-pelajar tersebut..


Kelima:
Berjaya mencari sponsor riban-riban untuk program kecemerlangan pelajar.. Mesti yang paling happy adalah budak pengetua.. Terlalu terharu dan berterima kasih hingga budak pengetua tidak sanggup meluluskan pertukaran Liya ke sekolah lain walaupun alsan mengikut suami;-(


Keenam:
Tiap2 hari pelajar puji cikgu santek.. Cikgu wangi.. Puas mencari idea untuk menyembunyikan muka bangga dan sooka dipuji tetapi asek kantoi bila sejurus selepas memuji, perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah " muka cikgu dah merah padam, cikgu malu eeeyyhh"~kantoi sudaaaaa... Malu sungguh malu.. Sebab dalam hati ada sikit bunga2..Uikkss;-P


Nota syok sendiri:
Best sangat jadi cikgu!! Pelajar mengajar Liya tersangat banyak ilmu dan erti hidup yang Liya kadang-kadang tak pernah jumpa dalam buku-buku dan lecture di U..



Anda sooka?? Sila klik di sini..



Lieeya~

8 comments:

Taufiq Tiramisu said...

hahaha..lawak lawak..best entri ni..banyak pengalaman manis liya yang fiq boleh tgk..best rupanya jadi cikgi ni..hehehe..keep it up liya!! truskan mencari sponsor untuk program..lepas tu, liya suruh la anak murid liya jentik buku lali plak..hehehe

Taufiq Tiramisu said...

satu lagi..dah best nak komen kat blog liya ni..hehehe.lebih mudah berbanding sebelum ni ;)

Manja (let it be my sweet name) said...

huhu, manja x sesuai jadi cikgu, karang mati anak org manja rotan

fifi cusack said...

last but not least.

apa yg best adalah, CUTI BANYAKKKKKK. hahah. sebagai cikgu tadika, sy bahagia jd cikgu

darlieeya ZALLIA putri said...

FIQ :
hahhaha..yer la tu.. thanks.. so far liya enjoy dengan keje ni;-)

darlieeya ZALLIA putri said...

Fiq :

yer ke.. haah liya pon senang dah nak monitor all comments..thanks fiq bagi tuto ni;-)

darlieeya ZALLIA putri said...

manja:
haih.. xkan mati punya.. bila jd cegu, otomatik sifat keibuan terserlah;-)

darlieeya ZALLIA putri said...

fifi:
hehheeh BETUL!!!!! sonok sgt.. minggu depan dah start cuti seminngu..