CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Wednesday, March 30, 2011

:: Saya Pilih Jadi Model Dan Artis ::

Hehhe tajuk entry kat atas tu propa saje.. Kuaam kuam kuam.. Saje je nak kasi gempak sikit.. Tapi betulla.. Liya rasa macam jadi artis dan model masa sesi photoshoot untuk weeding hari tu.. Sesekali rasa macam princess(sedikit perasan di situ;-P).. Hik hik hik.. Terlebih sudah..


Alhamdulillah syukur sangat kat Yang Maha Esa, majlis perkahw
inan Liya ngan Incik somi berjalan lancar.. Trillion thanks pada semua yang mendoakan.. Ini buah tangan untuk anda semua..


Do enjoy the piccas..

Lokasi : Taman Alam, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai)
*Time shoot pic ni banyak sangat nyamuk gigit2 sampai bintat2.. Paling kelakar kasut Liya terbenam2 dalam tanah sampai tak nampak ghupa kasut da.. Hahhaa.. Lantak situ, sewa mahal2.. Kasi lenjan habis2;-P



* Ewah2.. Main buih2 sabun bagai.. Hahha rasa macam kanak2 rebina pon ade.. Motif?? Belasah saje ape yang photographer suruh.. Incik suami slamber jer tumpahkan air buih sabun kat lense ghibu2 Abg Zai.. Nasib baik x kena tendang sampai bulan ngan Abg Zai.. Hehhe..


Lokasi : Sawah Sempadan, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai).. Kereta : Mat Jeli..
* Sooka sangat scene ni.. Tapi satu jer yang dapat uplod.. Abg Zai cakap Incik somi macam Hang Tuah.. Langsung beliau tersenyum 4 hari 4 malam sampai tak lena tidur.. Haih!



Lokasi : Taman Alam, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai)..
*Beria Abg Zai suh kami shoot kat sini walaupun kat tanah penuh dengan najis munyet! Hooohoohoo.. Sebelah pagar tu ada kolam yang penuh dengan lumut hijau.. Heran bin ajaib betul, ada juga yang berminat untuk congok duk mancing kat kolam tu.. Ada ikan ker??


Lokasi : Bukit Malawati, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai)..
* Ini pic yang Liya paling sookaa.. Scene sangat santek masa ni.. Ada sunset.. Memang teringin bebenor dari dulu nak amek gambar yang ada sunset.. Makbul juga impian mak, nyah! Kat sini la Liya rasa macam artis.. Nape?? Sebab b4 Abg Zai shoot pic ni, ramai sangat pelancong dari China n Korea nak shoot gambar ngan kami.. X abes2 depa puji Liya santekk.. Wahhh!!! Soookaaaa..Lompat lompat lompat.. Joget jogeett joogeeet;-)



Yay!!! Dah siap entry ni.. Sori pisc sikit saja.. NantiLiya uplod lagi yeer.. Errmm Liya mohon kawan2 suma doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.. Membina keluarga kecil kami dengan mawahdah dan warahmah.. Sakinah selamanya.. Amiinn;-)


Tuesday, March 29, 2011

:: Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu ::

Hari ni Liya start updates blog Liya after dah 2 minggu bercuti.. Updates dengan sesuatu yang istimewa iaitu join bloglist kawan baik Liya (blogger).. Si budak Taufiq Tiramisu.. So layan lah;-)



1) The Banner

Ini banner yang si budak Fiq wajibkan letak kat entry ni kalo nak join bloglist dia.. Ok la.. Banner ni dia baru buat dan sangat santek lah.. Hehehe;-)


2) Komen sikit pasal blog budak Fiq ni:
  • best nak mampos ~ sebab blog dia jenis sempoi.. ada jugak gaya jenis multifunctional: tutorial, ngumpat2, kutok2, belasah gegak pasal orang yang tidak akan di mention namanya..(hahhaha).. so sangat la best sebab macam macam ada!
  • smart ~ gaya penulisan setiap entry memang Liya minat.. sebab simple, gaya ayat2 yang touching, lucu, merapu2.. hahaha blended together tapi sgt NICE!!
  • structured ~ susunan image, font size, font style, colors memang sangat match and sesuai.. Liya suka hampir kesemua design yang ada dalam blog ini.. Sampai rasa jeles nya Fiq ada blog yang santek and kemas macam ni.. Hahhahaaa....
  • ideal ~ blog ini ideal untuk semua kaum, keturunan, peringkat umur dan masa.. Hhahaa.. Maksudnya blog ini.. blog ini.. blog ini.. SOOOPAAAA DOOOPAA BESSSTTTT laaaaahh!!!


Yay!!!! Dah siappp!!! * Fiq, sila jangan marah yer.. Liya puji kaw2 nih.. Ngeeee;-P



Anda soooka??? Soookaaa lah.. Klik disini;



Lieyaa~

Tuesday, March 8, 2011

:: Bakal Pengantin Rasa Best Nak Mampos Bila.... ::

Semasa Liya menulis entry ini.. Jumlah hari yang masih tinggal untuk bergelar CIK adalah 5 hari.. bersamaan 120 jam bersamaan 7200minit.. Bersamaaan ....Saat?? Ahhh kira la sendiri;-P


credit to mr google..;-)

Pertama:
Dapat mekap free untuk majlis bertandang setelah bersungguh-sungguh memaksa sahabat handai, kaum kerabat, murid murai, orang ramai untuk voted contest yang Liya join dalam facebook anjuran Umzarul Make Up (baca dalam satu nafas..Hahaha).. Perrrggghh usaha berbaloi-baloi setelah 7 hari 7malam duduk mengadap facebook sambil paksa seluruh umat manusia voted.. Paksa okeeeyyy!;-P.. Tak kesah la, yang penting.. M.E.N.A.N.G contest!!!;-)


Kedua:
Dapat mesej dari budak consultant program yang berbunyi.. "Oiitt, ko pergi naik bilik bos, jumpa beliau, pastu gi photostat tentatif program, 5minit selepas itu, dtg jumpa aku!".. Punya la terkocoh -kocoh terkial-kial setel down semua, on time dah terpacak depan budak consultant! " Nahhh!!!! Ini adiah kawen ko!!!" sambil serah sampul coklat saiz filem x-ray.. "Haaaaa 1k??? Perggghhhh.." terlompat-lompat sambil nyanyi lagu enjet enjet semut gaya Kak Limah duk kat tangga tepi kubur.. " Itu aku bagi 1k ko dah bertukar watak jadi Kak Limah macam ni, nasib baik aku tak kasik 5k!" .. Ngeeee*


Ketiga:
Telinga asek bising sampai terkeluar bijih timah setiap kali mendengar kakak-kakak senior suh pergi buat rawatan pakej pengantin.. Mak aiii..Malas betulla.. Tapi demi menjaga hati-hati kakak -kakak yang beria-ria mengalahkan tuan badan, hari ini tercapai la hajat mereka.. Bosan melayan bagai-bagai treatment sampai satu tahap tertido-tido sampai terkeluar air liur basi sebab lama nak mampos, akhirnya dapat lompat joget2 selepas 4 jam .. Aduyai sungguh seksa dan seksi okkeyyyy! " Kakak, berapa??? " Tanya Liya sambil tenyeh mata yang berpisat-pisat.. " Bayar separuh jer Liya, lain2 kakak sponsor hadiah bakal pengantin;-)".. Yay!!!!! Joget2 lagi sekali tang-tang tu jugak sambil sengih sampai lenguh mulut!!!!


Keempat:
"Bos, saya apply cuti 2 minggu.. Bos yang budiman mesti lulus kan.. Kan?? Kan?? Kan??" sambil buat muka 14posen.. Muka budak bos serius nak mampos la pulak.. Dalam hati dah berkira-kira alamatnya gagal la cuti ni;-( " Nape 2 minggu jer, aku plan nak bagi ko 3 minggu.. Bak sini aku sign!!!".. Yayyayaaaaaayyyyy!!!! Terus peluk budak bos tanpa sedar diri.. Ahahaaaa;-)


Kelima:
Semua persiapan berjalan lancar.. Padahal mak n ayah kat kampung yang tak tido siang malam buat semua persiapan.. Liya kat sini buat-buat sibuk jadi mandur, tiap hari calling-calling tanya itu ini dah setel ke belum.. Bertuah punya anak;-P.. Yer la.. Orang dah tak sabar nak kawen ni.. Rasa macam nak gi putar jer waktu tu biar cepat sikit.. Terdetik-detik je.. Lambat betulla.. Ahhaaaa gedikssssss nyeeeeeer!!;-P



Nota syok sendiri:
Siap lagi yang mahu sponsor?? Tawaran masih dibuka.. Uikkss;-P.. Alhamdulillah syukur atas nikmat dan rezeki Tuhan Rabbul Izzati.. Kalo Liya tahu la begini bahagianya mengejar Sunnah Nabi mendirikan masjid, lama dulu lagi Liya kawen;-P



Anda suka?? Klik sini;-)



Lieeya~

Monday, March 7, 2011

:: Blog Ni Patut Tutup Jer... ::


Nak taip entry ni pon Liya rasa cam suam2 kuku.. Taip sambil nanges.. Buwaaaaa;-(



Pertama:
Low motivation.. Bukak2 blog, xde sorang pon komen.. Walaupun berjuta2 perkataan yang Liya komen kat blog lain.. Siapa yang salah?? Liya la.. Buat apa nak komen kat blog Liya.. Buang masa;-(


Kedua:
Low motivation...Follower sorang jer yang follow walaupun dah follow 20juta belas ribu blog orang.. tu la Liya.. Buat apa nak follow blog Liya, bukan dapat ape pon.. Blog Liya tu hampeh jer, x glamer;-(


Ketiga:
Low motivation..Liya dah blogwalking dari subuh2 hari sampai gelap2 hari.. Tinggalkan mesej kat shoutbox setiap blog yang disinggah dengan sungguh2 nya.. Tapi blogger yang budiman still x perasan Liya singgah.. X cukup besar kot font size tu.. Kecik macam hama.. Alaa buat apa nak jenguk balik blog Liya tu, baik pergi terjah blog2 yang soopa dooopa femes 45billion ribu belas kali dr blog Liya yang cap ayam tu;-(


Keempat:
Low motivation.. Dah xde idea nak ngarut2 kat entry n buat new segmen sebab rasa sangat hampeh dan syok sendiri.. Buwaaaaaa nak nanges 3malan 2 hari bawah meja sorang2.. Nyamuk, jom kawan!;-(



Nota syok sendiri:
Liya sedih.. Liya sedih.. Liya sedih;-(.. sob sob sob..

Sunday, March 6, 2011

:: Sangat Best Jadi Cikgu Bila....::

credit to mr google;-)


Siapa yang rajin baca, silakan..Entry ini tersangat la panjang dan membosankan..Seyes!!!


Pertama:
Balik2 dari kelas 4masa direct bersamaan 160minit, dr jauh terlihat atas meja sendiri yang boleh tahan la semak nya dengan buku-buku nota dan rujukan, ada sekotak air melo favorite yang baru keluar dari peti ais agaknya sebab ada air jernih rintik2 di luar kotak.. Siapa yang baik hati bagi aku air kotak ni???~jerit kuat2 dalam hati.. Owh ada nota terselit disitu.. " Untuk teacher yang baik; ikhlas SA, 2 B".. Perghhh Liya ada Secret Admire ker?? ~ terus pengsan sambil senyum..


Kedua:
Pelajar tak bawak buku teks.. Tiba pulak mood nak check buku teks hari tu.. Dalam kepala otak tekeluar perkataan "memang nak kena budak2 ni!!".. Idea bagus tu~ mekasih cik otak yang bijak!.."Siapa yang tak bawa buku teks, sila berdiri!!!"..Dalam hati dah gelak2 jahat sebab nampak muka students dah cuak..Ada yang segera keluar konon-konon nak pergi pinjam buku teks dengan kawan kelas sebelah .. Tapi jangan harap la sebab cikgu nya ni dah siap2 tunggu kat depan pintu..Ehehhee.."Yang berdiri, sila jentik siku kiri dan kanan 20x berselang-seli yer!!"~ Tetiba satu kelas gelak kaw2 sampai pelajar kelas sebelah terjenguk2.. Apa Liya dah buat???!!


Ketiga:
Tiap kali 16 Mei (Hari Guru la tu..) Penuh kaki tangan bawak hadiah yang dari sebesar2 kuman hingga sebesar2 gajah di seberang lautan.. Tak termasuk lagi yang senyap2 letak kat atas meja di bilik guru.. Memang kena datang sekolah bawak lori la pada hari kejadian.. Itu pun kalo tahun depan pelajar masih lagi ingat nak bagi hadiah;-P.. Kalo tak sia-sia buat malu jer bawak lori pasir yang comot tu datang sekolah.. Aje giler buang tebiat ke hapa cikgu nih!


Keempat:
Ramai ibu bapa yang telefon ucap terima kasih sebab telah merotan anaknya sehinga menjadi insaf dan berubah personaliti menjadi seorang anak yang begitu bagus dan alim.. Hadoihh!! Tadi Liya rotan dengan rotan azimat ker??? Serta merta berlaku perubahan.. Seharian pening + nak muntah + loya kesan dari memikirkan apakah azimat yang keluar dari rotan dan terus meresap ke kulit pelajar-pelajar tersebut..


Kelima:
Berjaya mencari sponsor riban-riban untuk program kecemerlangan pelajar.. Mesti yang paling happy adalah budak pengetua.. Terlalu terharu dan berterima kasih hingga budak pengetua tidak sanggup meluluskan pertukaran Liya ke sekolah lain walaupun alsan mengikut suami;-(


Keenam:
Tiap2 hari pelajar puji cikgu santek.. Cikgu wangi.. Puas mencari idea untuk menyembunyikan muka bangga dan sooka dipuji tetapi asek kantoi bila sejurus selepas memuji, perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah " muka cikgu dah merah padam, cikgu malu eeeyyhh"~kantoi sudaaaaa... Malu sungguh malu.. Sebab dalam hati ada sikit bunga2..Uikkss;-P


Nota syok sendiri:
Best sangat jadi cikgu!! Pelajar mengajar Liya tersangat banyak ilmu dan erti hidup yang Liya kadang-kadang tak pernah jumpa dalam buku-buku dan lecture di U..



Anda sooka?? Sila klik di sini..



Lieeya~

Saturday, March 5, 2011

:: Jom Join Bloglist Blogger Baru ::


Ermmm Liya tengah carik2 mood nak updates entry.. Sambil2 blogwalking, terjah blog SHIEDA so terjumpa la segmen ni.. Join jer la.. Jom layan..

Liya blogging start tahun 2009.. Tapi masa tu Liya register jer dengan blogger, tapi jarang updates.. 2010 Liya buat tabiat sama, jarang updates.. Hahaaha.. Teruk, kan!? Even blog sendiri pon jarang jenguk.. Apatah lagi nak blogwalking blog2 orang.. Hahha.. Tahun 2011 ni baru la dapat hidayah nak aktif dengan dunia blog balik.. Kawan2 yang nak join segmen ni boleh KLIK SINI ..


Itu saja untuk entry ni.. Its too short.. Simply the best..

Chop chop chop.. Sila klik sini sekali..



Lieeya~

Friday, March 4, 2011

:: Baca Setiap Hari Selain Blogwalking ::

credit to mr google;-)


Liya bukan lah seorang ustazah.. Liya bukan lah seorang ilmuan agama yang dalam ilmunya.. Liya cuma seorang hamba Allah yang sama macam orang lain.. Tetapi Liya sentiasa dikelilingi oleh manusia-manusia yang menunjukkan Liya jalan yang lurus.. InsyaAllah..~mukaddimah penyejuk hati, jantung, paru dan usus sket.. Hehehee;-)

Kisahnya, on the way balik dari kampung ke KL, Liya tumpang kereta sepupu.. Kebetulan dia dan anak memang nak balik KL, so Liya tumpang dua kaki la.. Hhehe jimat kos bas (zaman2 belum beli kerete).. Hhehe..

Dalam perjalanan, banyak yang kami bincang.. Sebab sepupu ialah System Engineer kat UM.. Memang sangat terer tapi humble sesangat.. Ermmm dah habis borak, beliau pasang CD ceramah Dato Nik Aziz.. Terus Liya insaf.. Apa yang menyebabkan Liya insaf??


Ermmm nasihat Dato Nik Aziz:-
"Bacalah Al-Quran setiap hari.. Tak dapat banyak, sikit pon jadilah.. Kita tiap2 hari boleh baca surat khabar.. Tak sah kalo tak baca.. Novel pulak, kadang2 ada yang satu malam tak tido boleh habiskan, tapi kenapa Al-Quran ramai yang tinggalkan, tak boleh baca setiap hari.."


Errr BETUL!!!Liya setuju.. Alhamdulillah ceramah itu terkesan di hati Liya.. Idok ler rajin sgt Liya ini, tapi idok ler malas juge.. Hhehe kena saling ingat mengingatkan la.. Seyes Liya bitau, kalo kita start amalkan, InsyaAllah susah kita nak tinggalkan..Paling tidak bacalah surah Yaasin malam jumaat, Al-Mulk sebelum tido dan Al-Mathurat seleps Subuh dan Asar.. InsyaAllah..


Jom kawan-kawan kita ingatkan diri dan orang tersayang di sekeliling!

Sila Klik Di Sini!



Lieeya~

Tuesday, March 1, 2011

:: Aku Berhenti Berharap ::


P/S : Sila baca entry ini dengan mode: Sedih.. Kecewa.. Frust menonggeng dan seangkatan dengannya..


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat …


Lirik penuh boleh didapati di SINI-LAGU BERHENTI BERHARAP


Ini lagu Sheila On Seven (SO7) yang sangat glamer suatu tika dulu.. Apa kaitan lagu ni ngan entry Liya kali ini??? Huk2 terasa diri sangat laaaaaa dirundung rasa HAMPEH..;-(..Yeah! Ada tanda sedih disitu.. Huk huk huk..

Emm berasa sangat hampeh sebab telah meletakkan harapan terlalu tinggi pada sesuatu.. Tetapi lupa menyiapkan diri dengan segala bagai bala tentera penenang sekiranya apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.. Owhh ini kes amat berat! Haaahaa..


TIDAKKAH BERASA KECEWA BILA:-

1. Sangat mem’bajet’ akan ada seribu macam ucapan birthday untuk hari ulang tahun.. Tetapi bila tibanya hari jadi, xde seorang pon yang wish.. Jenguk2 HP, sunyi tanpa sms wishes.. Godek2 email, satu email pon xde.. yang ada cuma notifications dr FB yang berlambak2.. Itu pun xde kaitan ngan diri sendiri malahan ucapan birthday.. Apatah lagi perkhidmatan kurier, kot2 ada yang sudi hantar kek birthday 4 tingkat ker..Tiada tiada dan tiada.. KECEWA owh sungguh KUCIWA.. Apa nak buat? Last2, pergi kedai bunga, tempah 4dozen ros, hantar pada diri sendiri.. Puashati mak, nyah!


2. Rasa teringin sangat nak makan KFC.. Seluk2 poket, duit tak cukup sebab lupa hari ini dah akhir bulan, lagi 2minggu baru gaji.. Yang ada cuma RM10 jer dalam purse, macam mana nak survive untuk 2 minggu lagi..? Puasa la jawabnya.. Kebetulan kawan bagi pinjam duit, rasa macam nak melompat2 bintang tang-tang tu jugak.. Beria drive ke pekan nak penuhi tuntutan nafsu mengidam KFC.. Haih nape macam senyap sunyi jer ni... Tepandang notis kat pintu.. “Sorry, close for renovation..”..Rupanya lama aku tak pergi ushar pekan ni..Banyak bebenor yang aku tak tahu.. Buwaaaaa….


3. Bajet pergi cuci kereta sebab dah lama sangat tak cuci.. Habuk dan debu setebal buku log.. Bukan main seronok lepas cuci, wax bagai servis baik punya.. OTW baik rumah, hujan selebat-lebatnya.. Haih, tadi nampak macam cerah.. Takpe, hujan kan rahmat.. Alamak, jalan lecak la pulak.. Habis tayar kereta aku! Nasib la labu! Sampai rumah, ushar parking berbumbung, semua full house.. Perghh nasib baik ada port bawah pokok.. Pagi esok, tak terkejut la pulak kan.. Satu kereta jadi jamban si burung-burung yang baik hati menderma baja organik kat kereta... Buwaaa.. Nangis tak berlagu la jawabnya…


Apo nok di kato! Hu3.. So do prepare yourself..! Sungguh KECEWA ini sangat sakit.. Belajar untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentu segalanya.. Setiap yang belum berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.. Semuanya ada hikmah! Mugkin hikmah itu lebih manis dari perancangan kita..


Peace no war!


Lieeya~