CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Monday, January 24, 2011

:: Jogging At Tasik Ampang Hilir ::

Sudah lama ada cita-cita untuk menemani incik tunang tersayang berjogging di Tasik Ampang Hilir.. Alhamdulillah Tuhan memberikan kesempatan.. Sangat seronok dan teruja..Yay!!! Akhirnya cita-cita tercapai.. Maka berlakulah sesi dera mendera di trek riadhah yang sangat popular di kalangan warga kota dan sekitar Ampang ini.. View nya sangat cantik dan mendamaikan.. Dikelilingi rumah-rumah besar dan gorgeous Overseas Embassy , sesungguhnya pengalaman ini sangat manis dan indah sekali.. wink2*

Enjoy the piccas!!



Tadaaaa!!!! Selamat datang buk..!! Selamat datang bapak!! hehehe...




Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. ngeh3.. memang tak ada buaya pun, tapi ada banyak kura-kura dan ikan.. seronok tengok gelagat kanak-kanak excited bagi ikan makan roti dan pellets..(bapak dan mak budak pun apa kurangnya.. hehhe)



bergambar... ouh, itu perlu.. hahhaha.. erm di belakang adalah Korean Embassy.. Macam rumah kaca.. indahnya rumah mereka..

after selesai satu pusingan, sesi ragging badan bermula.. bukan apa pun, sekadar skipping saja.. mak aii, poonaat jugok eden.. (baru tahuu.. kikiki)


kemudian, sambung lagi jogging.. di beberapa stesen aktiviti, ape lagi.. mencuba nasib lah.. alahai.. ada juga nanti otot berketul-ketul macam popeye.. pergh!!


dan ini..alahai, selesai sahaja aktiviti mendagu ni, terasa otot sudah kekar dan mantap.. mahu nye idok, muka langsung merah semata-mata nak buktikan dapat mendagu.. hehhe...


dan ini lagi.. boleh putus urat perut.. layan kan zaja.. zaaasss!! ( sehari kemudian, otot perut terasa kejang.. lalalaaa...)


saya juga ingin mencuba.. (yay!! kaki lurus tuuu..kuam kuam kuam)


selepas excercise abdomen muscle, now turn untuk deltoid, biseps, triseps pula..


selesaiiii.. yay!!inilah minuman yang disponsor oleh incik tunang untuk ganjaran excercise hari ini..isotonik gatorade..minuman rasmi biggest looser Asia gituuu.. hehhe.. bagus untuk recover Ca+, Na+ dan Cl yang sudah keluar through sweating tadi..


kan sudah ku bilang.. tiada buaya di tasik ini, sang kura-kura yang ada!! hehhe saja je beliau bertenggek kat situ sebab sudah tahu mesti ramai yang akan ambil gambar beliau termasuklah kami.. (saja je tu kami ambil gambar sebab kesian.. ngeh2)



bye bye tasik ampang hilir.. sangat best bersama anda.. next time kita join poco-poco pula ya.. dan juga badminton di sini..macam best.. dan semestinya best.. jumpa lagi!!

No comments: