CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Friday, January 28, 2011

:: Girls Day Out!! ::


Yay!!! Girls day out!! Perkara yang semua kaum hawa nanti-nantikan untuk dilakukan sekiranya fulus mengizinkan..( bawa duit seguni pun mesti habis.. ngee*)..


Liya, Kak Dila, Kak Ikin dan Kak Umi dengan selamber nya ke KL terus after school.. Dr Banting ke KL lebih kurang 2jam perjalanan (termasuk berhenti solat) Pergh!! Pemandu kami (Kak Umi) sangat hebat dan sporting.. Sesibuk jalan KL, beliau taram saja termasuk lorong-lorong sempit.. Tempat kami pergi tu semua orang parking kereta dua line di tepi-tepi jalan depan kedai… Letak nombor telefon di kereta, bila ada kereta yang mahu keluar, call saja nombor tersebut,dan tuan empunya akan datang untuk ubah kereta..


Kemana kah? Kami ke Jalan Kenanga (dekat stesen Hang Tuah) sebabKak Umi nak beli kain jersey untuk buat skirting dan scallop bisnes sewa khemah pengantinnya.. Kebetulan disana memang tempat memborong pelbagai jenis barangan textile, blouse, jubah, dan macam-macam lagi.. Memang rambang mata..! Nasib baik bawa duit ciput saja.. Hehehehe…


Dan barang yang paling best untuk shopping kat sana adalah baju.. Baju budak, baju orang muda, baju orang tua, baju lelaki, baju perempuan.. Semua ada.. Haih!! nasib baik payment sudah masuk. Apa lagi seronok la bershopping.. Nananana..


Akhirnya pulang sebelum magrib.. Solat di highway MEX dan behenti makan sebentar di kedai makan Nasnin Olak Lempik, Dengkil..


p/s :

Kak Umi, Kak Ikin dan Kak Dila.. Lain kali kita pergi lagi tau!! Tidak puas rasanya bershopping hari tu.. Nak beli banyak-banyak lagi!! ngee*

No comments: