CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Wednesday, May 18, 2011

:: Izinkan Saya Berada Di Sisi Suami Tercinta ::

credited to Mr gooogle;-)

Hye kawan2.. Sori dah lama Liya tak updates blog.. Maaf seribu juta belas kali yer.. Bukan sebok, tapi terkejar2 masa sikit.. Ehheeee;-)

Ermm kali ni entry bersifat emosional sikit.. Huk2.. Jap nak start nanges.. Buwaaaaaaa.. Asssudaaaahhh!!!

Saat ni, masa ni, kala ni Liya berdebar2 sangat menunggu result pertukaran sekolah Liya.. Result mungkin end of this month.. Doa dalam hati dengan sungguh2 agar resultnya POSITIF..(berharap dengan tawadduk)..

Liya sedih bila terpaksa berjauhan dengan incik somi.. Weekend baru berkesempatan jumpa... Itu pun kalo incik somi tidak dikehendakkan untuk berkhidmat luar daerah.. Buwaaaa minggu ni beliau terpaksa outstation ke Sabab dari Jmaat sampai Ahad;-(.. Sooo, no chance to meet him untill end of this month.. Sedih lagi;-(

Paling kritikal ialah hari di pertengahan minggu.. Kadang2 Liya tidak tegar untuk menahan dan mengawal emosi.. Sungguh Liya tidak kuat.. Paling layak adalah untuk menangis merindui beliau.. Ia sangat lain bila kita telah berkewajipan dan mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri.. Di mana tempat isteri?? Disisi suami, aite?? Tapi Liya tak berada disisi beliau.. Thats wat make me felt soooo sad;-(
Doakan Liya diberi rezeki dan keizinan berada disisi suami Liya k.. Kesian beliau;-(



Liya tahu Tuhan sentiasa dengar doa kami.. Tidak lagi sedih;-(




Lieeya

Tuesday, April 5, 2011

:: Ini Dia Ubat Bagi Demam Kura ::

Hua hua hua.. Inilah permulaan entry Liya kali ni.. Bluuueeekkk.. Nak muntah pon ade?? Nape ni?? Ha ha ha.. Jangan mudah membuat spekulasi nyah.. Mak belum pregnant lagi.. Kui kui kui.. Ni nak cerita pasal Liya baru jer berjaya telan sampai perut satu sudu Scoot’s Emulsion! Perghhh rasa dia x hengat!!! Sape berjaya telan tanpa muntah memang Liya nak tabik spring roll lah!! ADA BRANN??!! Dengan syarat perasa Original ya! Perasa OREN tamo bawak masuk bertanding.. Ahhaaaa..;-).. Memang rasa dia x sedap nak mampos..Mampos pon x macam ni.. Hanyir sesangat (utk perasa original la.. Perasa oren x la hanyir sangat).. Incik suami cakap rasa dia macam “G.A.M.P.A.N.G”.. Ha ha ha.. Giler gangster laki aku..~ Somi, I mintak ampun mintak mahap.. I kutuk U;-P


Ini lah dia.. Taraaaaa.. Mr Scoot’s Emulsion yang baik untuk badan! Kat Watson, Guardian dan gedung terpilih ada banyak! Dalam botol 200ml dan 400ml.. Bukan Dot Dot Dot Dalam Botol ya!;-P


Al-kisahnya Liya ni jenis kuat demam.. Demam pulak bukan calang-calang demam.. Mesti santap amek demam kura punya.. Tau x demam kura tu ape?? Alaaa yang demam malam gigil2 sejuk panas sejuk panas tu.. Haaa itulah tebiat Liya dari kecik.. Bukan sehari dua.. Kadang-kadang sampai seminggu.. Dua minggu pun pernah tau.. Uhuk uhuk uhuk;-(


Rentetan Liya dengar CERAMAH DARI WAKIL MAKNA seperti entry Liya yang lepas.. Scoot’s Emulsion ni bagus untuk sape2 yang ada tebiat lebih kurang Liya ni.. Ha ha ha.. So kejap tadi Liya google tentang benefits ubat ajaib ni.. Jooom layan!

1) SCOOT’S EMULSION ada minyak ikan kod ~ sumber yang kaya dengan Vit A, Vit D, Kalsium dan Natrium Hipofosfit. Vit A dan D yang ada dalam minyak ikan kod adalah dalam bentuk emulsi yang lebih mudah dihadam.

2) Setiap sudu besar 15ml yang macam Liya ambil ni mengandungi ~ Vit A 850 I.U, Vit D 85 I.U, Kalsium Hopofosfit 147.7mg, Natrium Hipofosfit 73.9mg, Kalium Sorbat 0.100% b/b, serta gam makanan.

3) Sesuai untuk kanak-kanak 1-3tahun( dua sudu teh 10ml sekali sehari), 4-6tahun ( satu sudu besar 15ml sekali sehari), 7-12 tahun ( satu sudu besar 15ml dua kali sehari) serta orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun keatas ( satu sudu besar 15ml tiga kali sehari).

4) SCOOT’S EMULSION boleh jadi penghalang kepada jangkitan seperti batuk dan selsema. Minyak ikan kod membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan.

5) Juga mengandungi vitamin-vitamin untuk pertumbuhan badan dan zat-zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sempurna.

6) Membantu menyempurnakan kesihatan secara keseluruhan dan melindungi diri dari kekurangan khasiat yang diperlukan.


Yay!! Memang banyak khasiat Mr Tak Sedap ni.. Dah namanya ubat, memang la x sedap kan.. Kalo Ayam MC D memang sedap sesangat;-P.. Sebenarnya ada juga yang dijual dalam bentuk pil.. Tapi Liya jenis ketegaq nak ambil yang bentuk liquid.. Pulak tu perasa original.. Yup, sebab Liya tak suka apa2 sekalipun yang di MIX.. Lagi suka ORI maa.. He he he..


Chup.. Klik disini dulu sebelum blah;-)

Lieeya~

Wednesday, March 30, 2011

:: Saya Pilih Jadi Model Dan Artis ::

Hehhe tajuk entry kat atas tu propa saje.. Kuaam kuam kuam.. Saje je nak kasi gempak sikit.. Tapi betulla.. Liya rasa macam jadi artis dan model masa sesi photoshoot untuk weeding hari tu.. Sesekali rasa macam princess(sedikit perasan di situ;-P).. Hik hik hik.. Terlebih sudah..


Alhamdulillah syukur sangat kat Yang Maha Esa, majlis perkahw
inan Liya ngan Incik somi berjalan lancar.. Trillion thanks pada semua yang mendoakan.. Ini buah tangan untuk anda semua..


Do enjoy the piccas..

Lokasi : Taman Alam, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai)
*Time shoot pic ni banyak sangat nyamuk gigit2 sampai bintat2.. Paling kelakar kasut Liya terbenam2 dalam tanah sampai tak nampak ghupa kasut da.. Hahhaa.. Lantak situ, sewa mahal2.. Kasi lenjan habis2;-P



* Ewah2.. Main buih2 sabun bagai.. Hahha rasa macam kanak2 rebina pon ade.. Motif?? Belasah saje ape yang photographer suruh.. Incik suami slamber jer tumpahkan air buih sabun kat lense ghibu2 Abg Zai.. Nasib baik x kena tendang sampai bulan ngan Abg Zai.. Hehhe..


Lokasi : Sawah Sempadan, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai).. Kereta : Mat Jeli..
* Sooka sangat scene ni.. Tapi satu jer yang dapat uplod.. Abg Zai cakap Incik somi macam Hang Tuah.. Langsung beliau tersenyum 4 hari 4 malam sampai tak lena tidur.. Haih!



Lokasi : Taman Alam, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai)..
*Beria Abg Zai suh kami shoot kat sini walaupun kat tanah penuh dengan najis munyet! Hooohoohoo.. Sebelah pagar tu ada kolam yang penuh dengan lumut hijau.. Heran bin ajaib betul, ada juga yang berminat untuk congok duk mancing kat kolam tu.. Ada ikan ker??


Lokasi : Bukit Malawati, Kuala Selangor.. Make Up : Siti.. Pakaian : Ayong Lina Bridal House, Kuala Selangor.. Photographer : Suzaini Sulaiman (Abg Zai)..
* Ini pic yang Liya paling sookaa.. Scene sangat santek masa ni.. Ada sunset.. Memang teringin bebenor dari dulu nak amek gambar yang ada sunset.. Makbul juga impian mak, nyah! Kat sini la Liya rasa macam artis.. Nape?? Sebab b4 Abg Zai shoot pic ni, ramai sangat pelancong dari China n Korea nak shoot gambar ngan kami.. X abes2 depa puji Liya santekk.. Wahhh!!! Soookaaaa..Lompat lompat lompat.. Joget jogeett joogeeet;-)



Yay!!! Dah siap entry ni.. Sori pisc sikit saja.. NantiLiya uplod lagi yeer.. Errmm Liya mohon kawan2 suma doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.. Membina keluarga kecil kami dengan mawahdah dan warahmah.. Sakinah selamanya.. Amiinn;-)


Tuesday, March 29, 2011

:: Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu ::

Hari ni Liya start updates blog Liya after dah 2 minggu bercuti.. Updates dengan sesuatu yang istimewa iaitu join bloglist kawan baik Liya (blogger).. Si budak Taufiq Tiramisu.. So layan lah;-)



1) The Banner

Ini banner yang si budak Fiq wajibkan letak kat entry ni kalo nak join bloglist dia.. Ok la.. Banner ni dia baru buat dan sangat santek lah.. Hehehe;-)


2) Komen sikit pasal blog budak Fiq ni:
  • best nak mampos ~ sebab blog dia jenis sempoi.. ada jugak gaya jenis multifunctional: tutorial, ngumpat2, kutok2, belasah gegak pasal orang yang tidak akan di mention namanya..(hahhaha).. so sangat la best sebab macam macam ada!
  • smart ~ gaya penulisan setiap entry memang Liya minat.. sebab simple, gaya ayat2 yang touching, lucu, merapu2.. hahaha blended together tapi sgt NICE!!
  • structured ~ susunan image, font size, font style, colors memang sangat match and sesuai.. Liya suka hampir kesemua design yang ada dalam blog ini.. Sampai rasa jeles nya Fiq ada blog yang santek and kemas macam ni.. Hahhahaaa....
  • ideal ~ blog ini ideal untuk semua kaum, keturunan, peringkat umur dan masa.. Hhahaa.. Maksudnya blog ini.. blog ini.. blog ini.. SOOOPAAAA DOOOPAA BESSSTTTT laaaaahh!!!


Yay!!!! Dah siappp!!! * Fiq, sila jangan marah yer.. Liya puji kaw2 nih.. Ngeeee;-P



Anda soooka??? Soookaaa lah.. Klik disini;



Lieyaa~

Tuesday, March 8, 2011

:: Bakal Pengantin Rasa Best Nak Mampos Bila.... ::

Semasa Liya menulis entry ini.. Jumlah hari yang masih tinggal untuk bergelar CIK adalah 5 hari.. bersamaan 120 jam bersamaan 7200minit.. Bersamaaan ....Saat?? Ahhh kira la sendiri;-P


credit to mr google..;-)

Pertama:
Dapat mekap free untuk majlis bertandang setelah bersungguh-sungguh memaksa sahabat handai, kaum kerabat, murid murai, orang ramai untuk voted contest yang Liya join dalam facebook anjuran Umzarul Make Up (baca dalam satu nafas..Hahaha).. Perrrggghh usaha berbaloi-baloi setelah 7 hari 7malam duduk mengadap facebook sambil paksa seluruh umat manusia voted.. Paksa okeeeyyy!;-P.. Tak kesah la, yang penting.. M.E.N.A.N.G contest!!!;-)


Kedua:
Dapat mesej dari budak consultant program yang berbunyi.. "Oiitt, ko pergi naik bilik bos, jumpa beliau, pastu gi photostat tentatif program, 5minit selepas itu, dtg jumpa aku!".. Punya la terkocoh -kocoh terkial-kial setel down semua, on time dah terpacak depan budak consultant! " Nahhh!!!! Ini adiah kawen ko!!!" sambil serah sampul coklat saiz filem x-ray.. "Haaaaa 1k??? Perggghhhh.." terlompat-lompat sambil nyanyi lagu enjet enjet semut gaya Kak Limah duk kat tangga tepi kubur.. " Itu aku bagi 1k ko dah bertukar watak jadi Kak Limah macam ni, nasib baik aku tak kasik 5k!" .. Ngeeee*


Ketiga:
Telinga asek bising sampai terkeluar bijih timah setiap kali mendengar kakak-kakak senior suh pergi buat rawatan pakej pengantin.. Mak aiii..Malas betulla.. Tapi demi menjaga hati-hati kakak -kakak yang beria-ria mengalahkan tuan badan, hari ini tercapai la hajat mereka.. Bosan melayan bagai-bagai treatment sampai satu tahap tertido-tido sampai terkeluar air liur basi sebab lama nak mampos, akhirnya dapat lompat joget2 selepas 4 jam .. Aduyai sungguh seksa dan seksi okkeyyyy! " Kakak, berapa??? " Tanya Liya sambil tenyeh mata yang berpisat-pisat.. " Bayar separuh jer Liya, lain2 kakak sponsor hadiah bakal pengantin;-)".. Yay!!!!! Joget2 lagi sekali tang-tang tu jugak sambil sengih sampai lenguh mulut!!!!


Keempat:
"Bos, saya apply cuti 2 minggu.. Bos yang budiman mesti lulus kan.. Kan?? Kan?? Kan??" sambil buat muka 14posen.. Muka budak bos serius nak mampos la pulak.. Dalam hati dah berkira-kira alamatnya gagal la cuti ni;-( " Nape 2 minggu jer, aku plan nak bagi ko 3 minggu.. Bak sini aku sign!!!".. Yayyayaaaaaayyyyy!!!! Terus peluk budak bos tanpa sedar diri.. Ahahaaaa;-)


Kelima:
Semua persiapan berjalan lancar.. Padahal mak n ayah kat kampung yang tak tido siang malam buat semua persiapan.. Liya kat sini buat-buat sibuk jadi mandur, tiap hari calling-calling tanya itu ini dah setel ke belum.. Bertuah punya anak;-P.. Yer la.. Orang dah tak sabar nak kawen ni.. Rasa macam nak gi putar jer waktu tu biar cepat sikit.. Terdetik-detik je.. Lambat betulla.. Ahhaaaa gedikssssss nyeeeeeer!!;-P



Nota syok sendiri:
Siap lagi yang mahu sponsor?? Tawaran masih dibuka.. Uikkss;-P.. Alhamdulillah syukur atas nikmat dan rezeki Tuhan Rabbul Izzati.. Kalo Liya tahu la begini bahagianya mengejar Sunnah Nabi mendirikan masjid, lama dulu lagi Liya kawen;-P



Anda suka?? Klik sini;-)



Lieeya~

Monday, March 7, 2011

:: Blog Ni Patut Tutup Jer... ::


Nak taip entry ni pon Liya rasa cam suam2 kuku.. Taip sambil nanges.. Buwaaaaa;-(



Pertama:
Low motivation.. Bukak2 blog, xde sorang pon komen.. Walaupun berjuta2 perkataan yang Liya komen kat blog lain.. Siapa yang salah?? Liya la.. Buat apa nak komen kat blog Liya.. Buang masa;-(


Kedua:
Low motivation...Follower sorang jer yang follow walaupun dah follow 20juta belas ribu blog orang.. tu la Liya.. Buat apa nak follow blog Liya, bukan dapat ape pon.. Blog Liya tu hampeh jer, x glamer;-(


Ketiga:
Low motivation..Liya dah blogwalking dari subuh2 hari sampai gelap2 hari.. Tinggalkan mesej kat shoutbox setiap blog yang disinggah dengan sungguh2 nya.. Tapi blogger yang budiman still x perasan Liya singgah.. X cukup besar kot font size tu.. Kecik macam hama.. Alaa buat apa nak jenguk balik blog Liya tu, baik pergi terjah blog2 yang soopa dooopa femes 45billion ribu belas kali dr blog Liya yang cap ayam tu;-(


Keempat:
Low motivation.. Dah xde idea nak ngarut2 kat entry n buat new segmen sebab rasa sangat hampeh dan syok sendiri.. Buwaaaaaa nak nanges 3malan 2 hari bawah meja sorang2.. Nyamuk, jom kawan!;-(



Nota syok sendiri:
Liya sedih.. Liya sedih.. Liya sedih;-(.. sob sob sob..

Sunday, March 6, 2011

:: Sangat Best Jadi Cikgu Bila....::

credit to mr google;-)


Siapa yang rajin baca, silakan..Entry ini tersangat la panjang dan membosankan..Seyes!!!


Pertama:
Balik2 dari kelas 4masa direct bersamaan 160minit, dr jauh terlihat atas meja sendiri yang boleh tahan la semak nya dengan buku-buku nota dan rujukan, ada sekotak air melo favorite yang baru keluar dari peti ais agaknya sebab ada air jernih rintik2 di luar kotak.. Siapa yang baik hati bagi aku air kotak ni???~jerit kuat2 dalam hati.. Owh ada nota terselit disitu.. " Untuk teacher yang baik; ikhlas SA, 2 B".. Perghhh Liya ada Secret Admire ker?? ~ terus pengsan sambil senyum..


Kedua:
Pelajar tak bawak buku teks.. Tiba pulak mood nak check buku teks hari tu.. Dalam kepala otak tekeluar perkataan "memang nak kena budak2 ni!!".. Idea bagus tu~ mekasih cik otak yang bijak!.."Siapa yang tak bawa buku teks, sila berdiri!!!"..Dalam hati dah gelak2 jahat sebab nampak muka students dah cuak..Ada yang segera keluar konon-konon nak pergi pinjam buku teks dengan kawan kelas sebelah .. Tapi jangan harap la sebab cikgu nya ni dah siap2 tunggu kat depan pintu..Ehehhee.."Yang berdiri, sila jentik siku kiri dan kanan 20x berselang-seli yer!!"~ Tetiba satu kelas gelak kaw2 sampai pelajar kelas sebelah terjenguk2.. Apa Liya dah buat???!!


Ketiga:
Tiap kali 16 Mei (Hari Guru la tu..) Penuh kaki tangan bawak hadiah yang dari sebesar2 kuman hingga sebesar2 gajah di seberang lautan.. Tak termasuk lagi yang senyap2 letak kat atas meja di bilik guru.. Memang kena datang sekolah bawak lori la pada hari kejadian.. Itu pun kalo tahun depan pelajar masih lagi ingat nak bagi hadiah;-P.. Kalo tak sia-sia buat malu jer bawak lori pasir yang comot tu datang sekolah.. Aje giler buang tebiat ke hapa cikgu nih!


Keempat:
Ramai ibu bapa yang telefon ucap terima kasih sebab telah merotan anaknya sehinga menjadi insaf dan berubah personaliti menjadi seorang anak yang begitu bagus dan alim.. Hadoihh!! Tadi Liya rotan dengan rotan azimat ker??? Serta merta berlaku perubahan.. Seharian pening + nak muntah + loya kesan dari memikirkan apakah azimat yang keluar dari rotan dan terus meresap ke kulit pelajar-pelajar tersebut..


Kelima:
Berjaya mencari sponsor riban-riban untuk program kecemerlangan pelajar.. Mesti yang paling happy adalah budak pengetua.. Terlalu terharu dan berterima kasih hingga budak pengetua tidak sanggup meluluskan pertukaran Liya ke sekolah lain walaupun alsan mengikut suami;-(


Keenam:
Tiap2 hari pelajar puji cikgu santek.. Cikgu wangi.. Puas mencari idea untuk menyembunyikan muka bangga dan sooka dipuji tetapi asek kantoi bila sejurus selepas memuji, perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah " muka cikgu dah merah padam, cikgu malu eeeyyhh"~kantoi sudaaaaa... Malu sungguh malu.. Sebab dalam hati ada sikit bunga2..Uikkss;-P


Nota syok sendiri:
Best sangat jadi cikgu!! Pelajar mengajar Liya tersangat banyak ilmu dan erti hidup yang Liya kadang-kadang tak pernah jumpa dalam buku-buku dan lecture di U..



Anda sooka?? Sila klik di sini..



Lieeya~

Saturday, March 5, 2011

:: Jom Join Bloglist Blogger Baru ::


Ermmm Liya tengah carik2 mood nak updates entry.. Sambil2 blogwalking, terjah blog SHIEDA so terjumpa la segmen ni.. Join jer la.. Jom layan..

Liya blogging start tahun 2009.. Tapi masa tu Liya register jer dengan blogger, tapi jarang updates.. 2010 Liya buat tabiat sama, jarang updates.. Hahaaha.. Teruk, kan!? Even blog sendiri pon jarang jenguk.. Apatah lagi nak blogwalking blog2 orang.. Hahha.. Tahun 2011 ni baru la dapat hidayah nak aktif dengan dunia blog balik.. Kawan2 yang nak join segmen ni boleh KLIK SINI ..


Itu saja untuk entry ni.. Its too short.. Simply the best..

Chop chop chop.. Sila klik sini sekali..



Lieeya~

Friday, March 4, 2011

:: Baca Setiap Hari Selain Blogwalking ::

credit to mr google;-)


Liya bukan lah seorang ustazah.. Liya bukan lah seorang ilmuan agama yang dalam ilmunya.. Liya cuma seorang hamba Allah yang sama macam orang lain.. Tetapi Liya sentiasa dikelilingi oleh manusia-manusia yang menunjukkan Liya jalan yang lurus.. InsyaAllah..~mukaddimah penyejuk hati, jantung, paru dan usus sket.. Hehehee;-)

Kisahnya, on the way balik dari kampung ke KL, Liya tumpang kereta sepupu.. Kebetulan dia dan anak memang nak balik KL, so Liya tumpang dua kaki la.. Hhehe jimat kos bas (zaman2 belum beli kerete).. Hhehe..

Dalam perjalanan, banyak yang kami bincang.. Sebab sepupu ialah System Engineer kat UM.. Memang sangat terer tapi humble sesangat.. Ermmm dah habis borak, beliau pasang CD ceramah Dato Nik Aziz.. Terus Liya insaf.. Apa yang menyebabkan Liya insaf??


Ermmm nasihat Dato Nik Aziz:-
"Bacalah Al-Quran setiap hari.. Tak dapat banyak, sikit pon jadilah.. Kita tiap2 hari boleh baca surat khabar.. Tak sah kalo tak baca.. Novel pulak, kadang2 ada yang satu malam tak tido boleh habiskan, tapi kenapa Al-Quran ramai yang tinggalkan, tak boleh baca setiap hari.."


Errr BETUL!!!Liya setuju.. Alhamdulillah ceramah itu terkesan di hati Liya.. Idok ler rajin sgt Liya ini, tapi idok ler malas juge.. Hhehe kena saling ingat mengingatkan la.. Seyes Liya bitau, kalo kita start amalkan, InsyaAllah susah kita nak tinggalkan..Paling tidak bacalah surah Yaasin malam jumaat, Al-Mulk sebelum tido dan Al-Mathurat seleps Subuh dan Asar.. InsyaAllah..


Jom kawan-kawan kita ingatkan diri dan orang tersayang di sekeliling!

Sila Klik Di Sini!



Lieeya~

Tuesday, March 1, 2011

:: Aku Berhenti Berharap ::


P/S : Sila baca entry ini dengan mode: Sedih.. Kecewa.. Frust menonggeng dan seangkatan dengannya..


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat …


Lirik penuh boleh didapati di SINI-LAGU BERHENTI BERHARAP


Ini lagu Sheila On Seven (SO7) yang sangat glamer suatu tika dulu.. Apa kaitan lagu ni ngan entry Liya kali ini??? Huk2 terasa diri sangat laaaaaa dirundung rasa HAMPEH..;-(..Yeah! Ada tanda sedih disitu.. Huk huk huk..

Emm berasa sangat hampeh sebab telah meletakkan harapan terlalu tinggi pada sesuatu.. Tetapi lupa menyiapkan diri dengan segala bagai bala tentera penenang sekiranya apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.. Owhh ini kes amat berat! Haaahaa..


TIDAKKAH BERASA KECEWA BILA:-

1. Sangat mem’bajet’ akan ada seribu macam ucapan birthday untuk hari ulang tahun.. Tetapi bila tibanya hari jadi, xde seorang pon yang wish.. Jenguk2 HP, sunyi tanpa sms wishes.. Godek2 email, satu email pon xde.. yang ada cuma notifications dr FB yang berlambak2.. Itu pun xde kaitan ngan diri sendiri malahan ucapan birthday.. Apatah lagi perkhidmatan kurier, kot2 ada yang sudi hantar kek birthday 4 tingkat ker..Tiada tiada dan tiada.. KECEWA owh sungguh KUCIWA.. Apa nak buat? Last2, pergi kedai bunga, tempah 4dozen ros, hantar pada diri sendiri.. Puashati mak, nyah!


2. Rasa teringin sangat nak makan KFC.. Seluk2 poket, duit tak cukup sebab lupa hari ini dah akhir bulan, lagi 2minggu baru gaji.. Yang ada cuma RM10 jer dalam purse, macam mana nak survive untuk 2 minggu lagi..? Puasa la jawabnya.. Kebetulan kawan bagi pinjam duit, rasa macam nak melompat2 bintang tang-tang tu jugak.. Beria drive ke pekan nak penuhi tuntutan nafsu mengidam KFC.. Haih nape macam senyap sunyi jer ni... Tepandang notis kat pintu.. “Sorry, close for renovation..”..Rupanya lama aku tak pergi ushar pekan ni..Banyak bebenor yang aku tak tahu.. Buwaaaaa….


3. Bajet pergi cuci kereta sebab dah lama sangat tak cuci.. Habuk dan debu setebal buku log.. Bukan main seronok lepas cuci, wax bagai servis baik punya.. OTW baik rumah, hujan selebat-lebatnya.. Haih, tadi nampak macam cerah.. Takpe, hujan kan rahmat.. Alamak, jalan lecak la pulak.. Habis tayar kereta aku! Nasib la labu! Sampai rumah, ushar parking berbumbung, semua full house.. Perghh nasib baik ada port bawah pokok.. Pagi esok, tak terkejut la pulak kan.. Satu kereta jadi jamban si burung-burung yang baik hati menderma baja organik kat kereta... Buwaaa.. Nangis tak berlagu la jawabnya…


Apo nok di kato! Hu3.. So do prepare yourself..! Sungguh KECEWA ini sangat sakit.. Belajar untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentu segalanya.. Setiap yang belum berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.. Semuanya ada hikmah! Mugkin hikmah itu lebih manis dari perancangan kita..


Peace no war!


Lieeya~

Sunday, February 27, 2011

:: Siapa Saya Di Mata DIA ::

Credit to mr google..


P/S : Entry ini sangat pendek & simple;-)..


Dua minggu lepas kami sibuk menghantar kad jempuatan via Pos Malaysia and Facebook.. So minggu ini, ramai memberi feedback yang kad sudah sampai.. Alhamdulillah..

Kisahnya OTW balik dr KL hari tu, tengah drive.. Liya dapat sms dari Lecturer English Liya semasa di UTM dl.. Mr F bukan nama sebenar.. Eksaited nak tahu, terus view dari inbox..



Mr F said :
Assalamualaikum.. Received the card this morning.. Teruja tgk gambo bakal pengantin, esp the bride..TQVM for the invitation, unfortunately as I told U earlier, my sister's wedding is on the same days. My humble doa is with both of U.. Sori.. Dtg sini I blanje..


Liya said :

Owhh its ok sir.. Thanks for ur doa.. Siapa yang cantik? Saya ke?? Hehhe..


Mr F said :
Di mata dunia memang la cikgu menawan.. tapi ALLAH SWT melihat takwa & amalan kita..Sama2 kita cari redha, rahmat & petunjuk ALLAH Azza Wajalla.. Amin..



Liya terus insaf! Huk3.. Thanks Mr F... Dari dulu sampai sekarang tak pernah lupa dan jemu membimbing Liya.. Liya doakan yang tebaik untuk anda.. Amin!!!



Sila klik disini untuk berkongsi bahagia;


Lieeya~

Saturday, February 26, 2011

:: Di Tag Oleh Fiq ::

Hari ni, Liya berehat dengan tenangnya di rumah.. Sambil2 melayan gigi yang sakit.. Haih! Plan asalnya nak pergi PD ngan Kak Lily, tapi cancel last minute.. Nak pergi Majlis Jamuan umah Dato Khailani pon terpaksa cancel sebab xde transport.. Buwaaaa... Last2 gi lepak minum ABC + Beger Special jer kat pantai.. Sedap jugak! Balik umah, dapat mesej dr FIQ , Liya di tag.. Wah!! Jom layan..


1. Adakah kau rasa kau HOT?
TAK, KOT! Errmm jap Liya tanya kawan2..

2. Uplod pic kau dari PC sekarang jugak!

Dan dan Liya carik gambar dari PC.. Haih.. Jawab test punya pasal..


3. Cerita pasal gambar tu..
Ini gambar anak buah Liya yang pertama.. ( Ada dua jer pon~ setakat ni).. Namanya Nur Kaisah Qistina Bt Mohd Thahir Batcha.. Amek kau.. Nama penuh terus! Sangat gedik..okeeeyy..Tapi soomeeeyyllll...


4. Bila kali terakhir kau makan ayam?
Owh soalan best ni.. Liya memang suka makan ayam.. Hari Selasa malam.. Incik tunang belikan kat pasar malam Ampang.. Tapi x best;-(


5. Lagu terakhir yang kau dengar..
Cinta Kristal~ Awie.. Lagu ni femes after HKLBR.. Incik tunang pon selalu nyanyikan..Buwekkk..Mentang2 suara sedap.. Bajet!! ;-P


6. Apa yang kau buat selain selesaikan test ini?
Sapu minyak Yuyi kat perut.. Period pain la pulak.. Adoyaii..


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Macam2.. Ikut tempat.. Biasanya Liya.. Ck Lee dan Kak Ya.. Si dia memanggil Cecucuk.. Sabar jelaa..


8. Tag lagi 8 orang..

1.GM AED
2.SYIEMA
3.MAYA
4.KAK KIENA
5.GM BOND
6.FIQ
7.AIDA
8.KAK RECK


9. Siapa no 1?
Geng GM Liya masa kat SM Sains Pasir Puteh dulu.. Besfren!


10. Cakap pasal no 5..
Geng GM Liya juga.. Tengah tunggu hari nak bersalin anak sulung.. Good Luck, Bond!


11.Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan kawan baik Incik tunang.. Akugitarislagenda!


12. Bagaimana pula dengan budak no 4?
Kakak senior Liya masa kat SM Sains Pasir Puteh.. Kak Kiena sekarang kat Melbourne.. Bercuti bersama Incik somi dan Ziyaad Ilhaam..


13. Pesanan buat no 6?
Jawab test elok2 Fiq.. Jangan lupa buat entry best2 tau! Dan sila jaga diri dengan baik!


14. Kata-kata cinta untuk no 2?
Cepat2 buat anak.. Ahhaaa..;-P


15. Adakah no 7 dan no 8 punya persamaan?
Yesss!! Dua-dua perempuan hebat di dunia!


16. Berikan 5 perkara yang kau tahu pasal no 1..
- isteri incik Berg
- asal dari Tanah Merah, Kelate
- tengah buat master kat UKM, Bangi
- pregnant first baby
- bunting pelamin.. Wow!!


17. Persamaan antara kambing dan lembu?
Hallamak, soalan mencabar minda betul la.. Ermmm dua-dua binatang berbau..... (malas nak sebut)


18. Perasaan ketika jawab test ini?
Aaahh.. Kacang peas, saja.. (Ahhaaa berlagak sioot!)


19. Adakah kau tahu Rizman tu sengal?
Ah sudah.. Rizman mane pulak ni??


20. Gay or les?
Gay tu ape? Les tu ape? Liya dah nak kawen maa..



SIAP!!!!Sila ulang baca kalu tak paham yeer.. Ahhaaaa... Tq Fiq sebab tag!


Lieeya~

Friday, February 25, 2011

:: 3 Hari Berturut Di Klinik ::

Braces punya pasal.. Layan kan saja..Haih! Nak mencarut dalam hati pun ada.. Buwaaaa.. (Alamamkkk!! Telah menggunakan perkataan ngeri.. uppssss!!)

Tahun ketiga memakai braces, tahun paling mencabar..! Pulak daahh.. Hahaha.. Minggu ni 3hari berturut-turut Liya kena attend appoinment ngan dentist.. Bukan dekat.. Banting-KL.. Masak jugak nak drive tiap2 hari ulang alik..

Nasib baik ada incik tunang yang memahami.. Thanks incik! After appoinment pertama (sesi petang jam 1400pm) Liya terus stay KL.. X larat esoknya ada lagi appoinment jam 0800am.. Sempat la malam tu ushar2 KL dan sekitar.. Dan dibelanjakan makan yang best serta wayang yang hebat...Yay!!!! Incik tunang sangat baik!!~puji biar blanje lagi banyak.. Oyyeaahh!


HARI PERTAMA

Appoinment ngan Klinik Bedah Mulut untuk cabut gigi.. Mak, saya ngeri!!! Huk2.. Nervous mak datuk, sampai rasa nak muntah2.. Nasib baik Dr Soray
a sangat cool.. Entertain punya entertain, rasa nyaman la sikit... Walaupun sangat nebes ngan jarum.. Ngee*


Liya : Berapa bius D
r..?
Dr Soraya : Lima
....;-P


Buwaaa.. Patotla rasa sangat lama dan kebas2 ayam.. Sebab bius la tak sakit sangat.. Kalau tak, malu melalak2 gaya orang kurang asam
kat situ.. Haahaaa..


Tak sanggup nak amek gambar sendiri, so ambil la gambar patient lain.. Itu taktik! Aahhhaaaa..


After siap cabut, refer Dr Shiral untuk pasang balik braces.. Then balik, terus makan aiskrim vanilla.. Itu petua.. Cepat sikit darah beku.. Terbukti!


HARI KED
UA

Jam 0800am dah sampai klinik.. Terus dapat jd first
patient.. Agenda utama, bukak braces atas.. Yay!! Gigi Liya daa santek.. Yang paling ngeri, bila nak cabut semua brachet.. Adoyaiii.. Seksa dan seksi.. Hahha.. Teeth scalling pon boleh tahan juga.. Keluar juga la airmata manje.. Ngee* ~ NGERI kali ke tujuh juta belas..


Ini gambar yang istimewa.. Tempat rawatan.. Gambar patient, tidak ditunjukkan.. Muka tengah nebes tahap dewa..


Lepas siap semua, Liya terus drive ke KLIA.. Ambil tuan rumah satu family yang baru balik dr Sabah.. Bercuti di Sabah dan Sarawak seminggu... Lupakan kesakitan dan kesedihan ( sedih sebab kena sound ngan incik drebar lori kat highway tadi), menikmati makanan yang sangat dasyat bestnya di Pak Li, Banting..;-)



HARI KETIGA


Appoinment jam 1430pm.. Liya gerak dr Banting.. Hari ini pasang retainer dan gigi palsu sementara kat bawah.. Nasib baik 2 batang jer.. Ermmm konklusi selepas visit hari ni.. Sangat sakit!!!! SAKIT dan SAKIT..;-(

Retainer tu buat Liya nak termuntah-muntah gaya orang pregnant anak sulung saja.. Buwaaaa.. Ini serius!! Sangat tidak selesa dan nak campak jer rasa retainer tu.. Sabar jer la bila Dr Syiral cakap Liya kena pakai retainer tu 24jam kecuali makan, dan pakai selama setahun.. Terus Liya peng
san!


Ini dia retainer yang dimaksudkan..

Credit to Google.


Lieeya~

:: Kami Memang Suka Berpeluk ::

Haih.. Kontroversi betul tajuk entry ini.. Siapa yang suka berpeluk? Liya kah?? Owwhhh tidak..Propaganda semata-mata.. Hhahaa...


Ini dia si budak POPO ngan MOMO ni yang suka berpeluk dan bergumpal.. Aktiviti wajib.. Tett!!



Bukan kembar.. Tapi adik beradik.. Seibu, tapi bapa tak tahu siapa.. Hahahaa.. Jahatnya Liya..;-P


Ini kucing di rumah sewa Liya.. Tuan umah bela, so automatik Liya jadi suka kucing.. Dulu tak suka sangat.. Kiut kan mereka.. Sila angguk tanda setuju.. Haik! Haik!


Best juga bila selalu perhatikan gelagat mereka.. Sangat comeyllll.. Satu ilmu yang paling penting, amalkan senaman kucing.. Tettt!!


Hahhaa sebelum ape2.. Baik blah dulu.. Ahahhahaaaa....


Uupppsss sebelum tu, sila klik disini sekali dulu.. TQVM..Hehhe..



Lieeya..

Monday, February 21, 2011

:: Nak Cari Vote Untuk Contest? ::

Alhamdulillah Liya diberi rezeki untuk menang contest yang dianjurkan oleh Umzarul Make Up... Nama Contestnya Umzarul Make Over Contest.. Mula2 tatau pun pasal contest ni.. Liya tahu after owner page + servis ni offer untuk join.. So, join la.. Alkisahnya gituuu.. heee*

Siapa yang pernah join ape2 contest yang dianjrkan di Facebook , mesti tahu betapa susahnya nak cari voters... Perlukan usaha gigih untuk promotekan diri serta paksa orang LIKE.. Sebab kebanyakannya akan dinobatkan sebagai pemenang atas kiraan LIKE tertinggi..


Cane Liya leh menang?? Hehehehe.. Siapa nak tahu cara carik voters, dan bila nak buat.. Roger2 Liya k.. Liya dapat tahu ni dari kawan Liya..


Berbalik pada contest yang Liya join and dah menang ni.. Hadiahnya agak best.. Make up percuma untuk ape2 event.. So since Liya sikit hari lagi nak tukar status, ambil saja peluang ini untuk menadah muka di make up pada hari tersebut.. Hehhehe.. Bijak! Save bajet Rm250.. Ngeee*


Inilah muka Liya yang Liya tempek sebesar2nya dalam contest itu.. Ngeee*.. Abaikan kalau ada yang nak terpengsan, k..:-P




Suka entry ini?? Sila klik sekali disini..



Saturday, February 19, 2011

:: KLCC ~ It Is A Must! ::

KLCC
Sooooka lepak disini.. Pasti sangat akan datang ke sini banyak2 kali.. Kenapa??

Sebaaaaabbbbb..

Liya soooka sangat disini..Titik!

Cari ilham, lihat ragam dan gelagat orang, cuci mata, jogging, buka puasa.. dan termasuklah sekali menabung duit.. Ngeeee* Sekali sekala tak ape lah..;-)

Memang akan jadi agenda dalam kalendar Liya (cheewaaah ada kalendar sendiri bagai.. Bluuueeeewwwkk!!!~utk diri sendirii) untuk berada disini.. Paling soooka time berbuka puasa di taman KLCC.. Cuba try test kawan2 kalo nak tahu eee beessstt ke tak.. Eeeee beeesttt!!


Jom layan piccas ni..

Ini dimana ya?? Deknon dah nyanyuk... Hehhe ini dia Suria KLCC.. Agenda utama- cuci mata dan menabung duit..Ngee*



Tempat harus untuk cari ilham untuk tulis puisi... Nanana.. Note : WAJIB!



Menara berkembar Petronas.. Sejarah banyak tercatat di sini.. Termasuklah sejarah Liya sekali.. Teetttt!!!



Masjid KLCC untuk selesaikan solat Isyak kami pada malam itu.. Kalau Bulan Ramadhan juga meriah.. Eeee beeessst!!


KLCC dari kejauhan sikit.. Note : Guna kamera cap ayam Gred A Liya.. Hahahha..



Last sekali.. Tempek muka orang nak interframe..(sila abaikan bilik yang berselerak).. Lepas snap pic ni baru perasan bilik ala-ala tongkang pecah.. No!!No!!! No!! ~ angkat jari telunjuk sambil gerak kiri dan kanan untuk diri sendiri..


Yay!!! Sudah siap entry ini.. Saje untuk sooka sooki yer kawan2.. Sape nak lepak ngan Liya kat KLCC.. Roger2 tau!!!


Sila klik sekali disini.. Sharing is caring;



Lieeya~

Friday, February 18, 2011

:: Ini RM0.60 bukan RM1.60!! ::

Ngeeee Liya dah setat menge'pos' dan meng'crete' event di Facebook Liya..
Pos ape? Create event ape? Hehhee.. jeng jeng jeng...!!!

Ini dia.. Ini diaaa...



Ni kad jemputan belah Liya.. Buat Majlis Kesyukuran sahaja.. 14 Mac 2011 bersamaan 9 Rabiuakhir 1432 H.. Bersamaan juga hari Isnin;-)




Ini pula kad jemputan belah bakal suami.. Majlis Perkahwinan pada 19 Mac 2011 bersamaan 14 Rabiulakhir 1432 H bersamaan juga hari Sabtu.. ngeee*


Liya ada bagi by hand kat kwan.. Depa bg feedback..Huih bestnya kad.. Mesti mahal.. Eksklusif gitu.. Kertas best, gambar kaler.. Pixels besar pulak tu..

Slamber jer Liya ckp.. "60sen jer kad ni.."

"Haaaaa!!!! Bia betul!!! ".. Depa tempik ramai2..

Ahhhaaaaa.. Liya gelak kuat2!


Sila klik di sini.. Sharing is caring...


Lieeya~

:: Saya Join Bloglist Yuyu Zulaikha ::


Pagi2 ni.. Liya semangat pulak untuk menulis blog.. terjah2 blog kawan2, then jumpa contest ni untuk join.. Tatau sempat or tak.. Join sajalah labuu.. hehhe..Incik TaufiqTiramisu tqvm yer.. banyak tolong Liya.. Liya jumpa contest ni kat blog beliau la.. So liya nak isytiharkan yang Liya dah JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA.. Tett! Siapa yang nak join bloglist Yuyu KLIK SINI, Selamat men'join'! Lalalla....


As a blogger baru, Liya sooooka sangat ushar2 blog2 blogger yang hebat dan ramai followers serta ada trafik yang sangat sibuk macam kat Kl..(Kl salah satunya la selain Beijing..hhehehe).. Blog Yuyu santek, kemas, n banyak entry2 yang best dan menarik untuk dibaca.. Betul!! Liya tak tipu.. Cuba gi jenguk blog Yuyu sekarang..
Blog Yuyu Zulaikha




Sila klik di sini.. Sharing is caring,


Lieeyaa..

Thursday, February 17, 2011

:: Tutorial Mudah Register Heartbeat ::

Errmm Liya mula berjinak dengan HeartBeat ni after kawan Liya, Syima Emi yang perkenalkan..


So, Liya rujuk blog MAMA @ anje untuk share tutorial macam mana nak register HeartBeat ni.. Jom la kawan2 kita register kat salah satu online iklan yang best ni.. (best ke?? boleyy la..) hehhe...


Sangat mudah dan cepat.. Ape lagi.. Jom register sekarang!


Liya baru join HB ni..jadi earning kurang masyuk lagi..hehhe neway thanks utk kawan2 yang sudi Klik2 Hb Liya.. Kamu sangat besh!!!





CARA-CARA NAK REGISTER HEARTBEAT;-


1.Mula-mula klik http://heartbeat.my/create-account.asp




2.Klik IKON HEARTBEAT seperti yang dibulatkan




3.Klik CREATE ACCOUNT dan isi semua maklumat yang diperlukan~ jangan risau.. isi aje..;-)



4. Masukkan PASSWORD EMAIL ADDRESS, then KlikI AGRRE HeartBeat's Terms of Service , then Klik CONTINUE




5. Apabila dah create account, Klik JOIN HB!Affiliate seperti kotak merah diatas..



6. Then Klik ONLINE APPLICATION ( seperti yang ditunjukkan di atas), then isi kesemua maklumat yang berkaitan..



7.Masukkan maklumat mengenai BLOG kawan2 (sepeti contoh borang di atas)



8.Pilih cara PEMBAYARAN yang hendak dibuat kepada kawan2.. then Klik CONTINUE...





9. Klik MY HB!Affiliate untuk mendapatkan CODE iklan HeartBeat..




10. Klik GET A CODE (seperti lampiran di atas)..



11. Copy CODE-CODE yang kawan2 kehendaki (bertanda merah bulat)~ ada 4 CODE untuk iklan HeartBeat (seperti lampiran yang bertanda kotal merah sebelah atas)..




TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG



1. CODE-CODE yang telah kawan2 COPY, PASTE pada DESIGN




2. Klik ADD A GADGET





3. Klik ADD HTML/JAVA SCRIPT, then Klik SA
VE... ulangi cara-cara yang sama untuk letak ketiga-tiga iklan berkenaan..





4. Lastly, DRAG gadget berkenaan mengikut kedudukan yang dikehendaki.. Yay!!Dah siap!!!;-)


Selamat mencuba kawan2 Liya...

Sila Klik Disini...;-)



Terima kasih dah kredit pada MAMA @ anje sebab bagi Liya share tutorial ini dengan kawan2..