CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Wednesday, August 18, 2010

:: Surah Luqman ::

Surah Luqman-Mendidik Anak Cemerlang : Abdul Rashid Ahmad

Buku ini merupakan analisis khusus tentang pendidikan Luqmaan, insan soleh yang digelar Allah SWT sebagai hakim dan bijaksana.


Alkisahnya, hari itu masa sangat senggang kerana tiada P&P.. minggu exam;-).. sebelum masuk ke kelas mengawasi pelajar menjawab soalan, yang bermain di kepala hanyalah bosan sekiranya tiada apa yang perlu dibuat.. dari jauh, library menggamit pandangan.. segera kaki rajin melangkah.. done!! 5minit sudah cukup utk buku ini berada di tangan..

Sangat tertarik dan menarik juga buku ini.. banyak ilmu dan kisah yang dipaparkan termasuk kisah di zaman Nabi, Alqamah iaitu seorang yang baik dan sgt pemurah serta suka bersedekah ttp terlalu mengutamakan isteri dalam beberapa perkara berbanding ibunya. Beliau tidak dapat mengucap 2 kalimah syahadah sewaktu hendak mati kerana ibunya begitu marah dan terasa hati dengan beliau, namun setelah beliau diredhai oleh ibunya, maka meninggallah beliau dengan kalimah suci. Begitu besar ganjaran mentaati ibu dan membahagiakannya.


Banyak memberikan panduan tentang cara mendidik anak cemerlang dengan cara Luqman.. Kata-kata nasihat Luqman kepada anak-anaknya juga dicatatkan dengan begitu indah.


Antara yang menarik minat:

" Wahai anakku!! Diam itu bijaksana tetapi sedikit pelakunya,pukulan bapa kepada anaknya bagaikan air bagi tanaman."



p/s;
sama-samalah kita membahagiakan ibu dan ayah selagi hayat masih ada. Untungnya terlalu banyak dan tiada bandingan..

No comments: