CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Wednesday, July 28, 2010

:: status telah BERTUKAR..yay!! ::

cinta + kasih sayang = anugerah;-)


pejam celik pejam celik.. anak mak + ayah yang seorang ini sudah besar.. waa anak dara gitu;-).. terasa diri sudah sangat bersedia untuk facing dengan dunia kehidupan sebenar.. sudah tamat belajar.. sudah mendapat pekerjaan.. sudah membeli kereta.. tetapi masih menyewa rumah=P.. itu lumrah, aite??


bukankah menjadi seorang isteri + ibu adalah impian setiap wanita?? yup.. same goes to me.. anda bagaimana?? hhehe cepat katakan YA pada soalan ini~.. rutin perjalanan kehidupan ada pasang surutnya.. ada turun naiknya.. bak kata bijak pandai.. hidup ini umpama putaran roda.. sekejap di atas dan sekejap pula di bawah.. perjalananku seperti insan lain.. hanya mengecapi bahagia setelah Tuhan melayakkan diriku untuk itu.. dengan sedikit kesabaran dan ketabahan.. ia sgt berbaloi..:-)


menjadi tunangan kepada sang kekasih yang sangat dicintai adalah suatu anugerah yang sangat mengujakan.. bila kaki sudah setapak melangkah ke alam pertunangan, maka secara automatik diri akan sedikit sebanyak bersedia untuk kehidupan yang lebih jelas.. dengan erti kata lain, tempias tanggungjawab itu makin dirasai.. menjadi suri di hati seorang suami.. errkkkk!!

sayangilah insan yang menyayangi dan menghargai kita..


sangat mengejar sunnah Nabi untuk mendirikan sebuah ikatan yang sah adalah menjadi fokus utama.. bersedia atau tidak, soalan itu harus disimpan dan tidak perlu dikemukakan.. apakah alat pengukur yang menentukan bersedia atau tidak selain merasai dan menjalani nya terlebih dahulu, then barulah mendapat jawapan.. betul kan?? hhehe.. bukankah membina masjid itu suatu tuntutan?? buang jauh-jauh perasaan takut dan gementar, Tuhan pasti menunjukkan jalan dan mengurniakan kita seorang yang sangat berpadanan seandainya jodohmu telah tiba dan tersurat.. makanya dialah insan terbaik untuk memimpinmu..


:: en tunang, terima kasih kerana memilih saya..saya juga telah memilih anda sebagai lelaki teratas bertaktha di hati saya;-).. i love u soo much!!

No comments: