CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Thursday, July 29, 2010

:: futsal OOHH futsal ::


alkisahnya di malam Jumaat yang indah ini, hati begitu teruja untuk ber'blog' lagi.. ada sedikit luang dan ruang, usai solat magrib + bacaan yaasin, hati begitu nyaman untuk menggodek gambar-gambar kenangan di folder UTM.. ohh masa begitu cepat berlalu.. rasanya baru semalam berada bersama kawan-kawan memegang title mahasiswi.. sekarang sudah erat memegang title penjawat awam;-)..


kembali mengulit kenangan, dalam puluhan folder yang merata di depan skrin laptop, hati begitu impress dengan gambar-gambar kami semasa bermain futsal untuk MASUM 2008 di UM.. sungguh tidak ada tipu, ini lah kali pertama i bermain futsal bersama kawan- kawan sport science, tetapi dengan sedikit kepercayaan dan harapan, Coach Ewan yang super cool telah meng'offer' untuk present UTM for Futsal MASUM.. wow.. time2 tu jugak i rasa nak melompat-lompat sambil bertepuk tangan kayak budak-budak baru mendapat gula-gula + belon;-).. ( kesnya masa kecik tidak berpeluang seperti itu.. hehhe..)


secara peribadi, i dengan setujunya mengatakan bahawa futsal adalah satu sukan yang best + praktikal.. jika mahu dikisahkan tentang apa yang best nya, maka ia akan menjadi suatu hikayat yang sanagt panjang.. 4 malam la jawabnya i kena duduk menghadap laptop dan mengarang sehingga lebam;-).. hehhe.. rasai dan terjun lah sendiri, daaann anda kan mengetahuinya.. makanya disini, sila jangan menjadi seorang awek yang emo sekiranya pakwe anda terlibat dengan futsal.. juga jika suami anda menjebakkan diri dengan futsal... " asal malam jumaat jer laki aku keluar main futsal, bengang betul aku!! ".. ayat seorang isteri yang pernah meluahkan kata-kata tidak puas hatinya pada i suatu hari itu.. nama beliau i rahsiakan;-P

alahai.. sudah merepek jauh ini.. dek kerana first time bermain futsal + present UTM + first time futsal wanita untuk MASUM dipertandingkan, kami sangat blur kerana ketika itu belum ada bench mark utk meletakkan kita di kedudukan mana.. maka, belasah sajalah labu...!! alhamdulillah berkat usaha sama + didikan Coach Ewan yang terer, kami berhasil mendapat silver medal.. sengit tu lawan UPM utk game final.. cuak + rasa nak lenjan habisan + enjoy the game..yay!!


satu kisah yang sukar sangat dilupakan, malam sebelum game semi final, i didatangi oleh orang yang i minat.. malam itu,i dapat coklat.. kata beliau.. " nah ambil coklat ini sebagai bekal utk game semi final esok.. mesti dapat skor..".. gitu eh??.. percaya atau tidak, sebelum game bermula, i makan coklat yang beliau kasi.. perghh semangat bertambah + confident level meningkat;-).. saja jer membuat ayat ini untuk menyedapkan hati beliau.. akhirnya i sendiri terpaksa mengatakan i sangat terer untuk game itu kerana i berjaya skor 1 gol untuk melayakkan kami ke final.. thanks God.. sesungguhnya itu hanyalah kebetulan..sekian!!


:: kepada wyn, mas, kak long, sue, adah, cikna, COach Ewan + semua players, anda sgt terer dan gojes.. terima kasih kerana sangat berkerja keras.. dan akhirnya ia berbalai2..aite??

No comments: