CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Friday, July 30, 2010

:: melaka - safari world ::

muka cuak sebab hampir-hampir nak kena penggal kepala ngan Mr Axe.. hhaha selamber saja memberi nama itu kerana lupa sudah nama watak beliau dalam cowboy show tadi.. ngeee jangan marah yea=P

dapat jugak i naik gajah ni.. walaupun agak takut.. hhehe.. nasib baik i ada ilmu menjinakkan gajah, mahu juga dia berbaik-baik dengan i dan memberi tumpang belakangnya setelah membayar rm10 for riding + rm18 for picture..;-)

at monkey island.. nasib baik bawa payung.. hujan renyai-renyai.. seronok dapat bagi monyet makan di pulau kepunyaan mereka.. terer monyet-monyet disini kerana ada pulau sendiri.. kita pun belum tentu dapat beli pulau;-)

yay.. melaka lagi.. kali ini berpeluang ke Melaka A Famosa Resort .. sangat teruja dan happy sangat-sangat.. sangat mengesyorkan anda membawa family + anak-anak ke sini.. banyak pilihan.. Safari World, Safari Waterpark n soon.. ada juga rumah-rumah penginapan ala resort.. tetapi kami hanya memilih untuk berlibur di Safari World kerana kesuntukan masa.. walaupun tiket agak mahal.. tetapi alang-alang sudah sampai.. just pay it and enter the 'world'.. yang pasti sangat mengujakan dan berbaloi..

seharian melayani show-show yang disediakan ( birds show, wild animals show, elephants show, safari zoo, monkey island, cowboy show, etc ) + free lunch meal .. sangat terpegun.. walau
pun rasa macam di dunia kanak-kanak, tetapi sangat-sangat nyaman.. hehhe.. tidak juga lupa sangat teruja kerana dapat mencuba elephant ride.. hanya bayaran rm10/ 1person.. bestt;-).. bukan senang nak jumpa gajah yang sporting membawa kita berjalan-jalan, aite.. hehhe..

p/s :
anda = sila datang!!
melaka = moga berpeluang kunjungi anda lagi..

:: melaka - bandaraya bersejarah ::

kereta lembu.. inilah trademark melaka.. best jugak naik kenderaan ini.. lembunya montel-montel.. patutla sangat kuat.. diternak dengan berjaya;-)

yay.. akhirnya sampai juga ke melaka.. ;-)..penat juga mendaki tangga-tangga ke puncak kota lama.. berpeluang melihat wedding outdoor photoshoot.. waa tetiba i mendapat idea baru utk outdoor photoshoot..hhee..

MELAKA..ini dia.. negeri yang i paling suka:-).. suatu masa ( tarikh tidak mahu dinyatakan ).. seorang kawan sangat bermurah hati membawa i berjalan-jalan menghiburkan hati di negeri ini.. kisahnya i sangat tertekan dan fikiran sedikit kusut dengan hal-hal yang menyemakkan otak..

beliau : kenapa kusut?
saya : fikiran serabut + hati semak.. what to do..
beliau : mahu jalan-jalan berlibur? i temankan..
saya : mahu!! dengan sunggu-sungguh.. ke mana, ya??
beliau : melaka.. i tahu u sudah lama teringin ke sana, aite??
saya : betul ni?? ( kompius, sambil tidak percaya lalu menggaru-garu kepala ) beliau : i ok saja.. asal u gembira.. esok i ambil u..

yay!! percaya atau tidak.. carry on saja.. baiknya hati beliau.. ( di dalam hati berdoa pada Tuhan semoga beliau dimurahkan rezeki dan durian runtuh..)
maka, esoknya kami berjaya melawat melaka.. hati sunguh senang dan rasa diri ini begitu bertuah..

banyak juga tempat yang dilawati.. tapi sedikit ralat kerana tidak berkesempatan untuk menaiki " eye on Melaka ".. tetapi masih bernasib baik kerana dapat juga menjejakkan kaki di atas menara Taming Sari.. wahhh cantiknya bandar Melaka.. ala-ala promoter gitu..hhehe.. sila lah datang ke Melaka.. sangat bessstt;-)

moral : hargailah orang yang menghargai kita + orang yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk melihat kita gembira dan ceria..

Thursday, July 29, 2010

:: futsal OOHH futsal ::


alkisahnya di malam Jumaat yang indah ini, hati begitu teruja untuk ber'blog' lagi.. ada sedikit luang dan ruang, usai solat magrib + bacaan yaasin, hati begitu nyaman untuk menggodek gambar-gambar kenangan di folder UTM.. ohh masa begitu cepat berlalu.. rasanya baru semalam berada bersama kawan-kawan memegang title mahasiswi.. sekarang sudah erat memegang title penjawat awam;-)..


kembali mengulit kenangan, dalam puluhan folder yang merata di depan skrin laptop, hati begitu impress dengan gambar-gambar kami semasa bermain futsal untuk MASUM 2008 di UM.. sungguh tidak ada tipu, ini lah kali pertama i bermain futsal bersama kawan- kawan sport science, tetapi dengan sedikit kepercayaan dan harapan, Coach Ewan yang super cool telah meng'offer' untuk present UTM for Futsal MASUM.. wow.. time2 tu jugak i rasa nak melompat-lompat sambil bertepuk tangan kayak budak-budak baru mendapat gula-gula + belon;-).. ( kesnya masa kecik tidak berpeluang seperti itu.. hehhe..)


secara peribadi, i dengan setujunya mengatakan bahawa futsal adalah satu sukan yang best + praktikal.. jika mahu dikisahkan tentang apa yang best nya, maka ia akan menjadi suatu hikayat yang sanagt panjang.. 4 malam la jawabnya i kena duduk menghadap laptop dan mengarang sehingga lebam;-).. hehhe.. rasai dan terjun lah sendiri, daaann anda kan mengetahuinya.. makanya disini, sila jangan menjadi seorang awek yang emo sekiranya pakwe anda terlibat dengan futsal.. juga jika suami anda menjebakkan diri dengan futsal... " asal malam jumaat jer laki aku keluar main futsal, bengang betul aku!! ".. ayat seorang isteri yang pernah meluahkan kata-kata tidak puas hatinya pada i suatu hari itu.. nama beliau i rahsiakan;-P

alahai.. sudah merepek jauh ini.. dek kerana first time bermain futsal + present UTM + first time futsal wanita untuk MASUM dipertandingkan, kami sangat blur kerana ketika itu belum ada bench mark utk meletakkan kita di kedudukan mana.. maka, belasah sajalah labu...!! alhamdulillah berkat usaha sama + didikan Coach Ewan yang terer, kami berhasil mendapat silver medal.. sengit tu lawan UPM utk game final.. cuak + rasa nak lenjan habisan + enjoy the game..yay!!


satu kisah yang sukar sangat dilupakan, malam sebelum game semi final, i didatangi oleh orang yang i minat.. malam itu,i dapat coklat.. kata beliau.. " nah ambil coklat ini sebagai bekal utk game semi final esok.. mesti dapat skor..".. gitu eh??.. percaya atau tidak, sebelum game bermula, i makan coklat yang beliau kasi.. perghh semangat bertambah + confident level meningkat;-).. saja jer membuat ayat ini untuk menyedapkan hati beliau.. akhirnya i sendiri terpaksa mengatakan i sangat terer untuk game itu kerana i berjaya skor 1 gol untuk melayakkan kami ke final.. thanks God.. sesungguhnya itu hanyalah kebetulan..sekian!!


:: kepada wyn, mas, kak long, sue, adah, cikna, COach Ewan + semua players, anda sgt terer dan gojes.. terima kasih kerana sangat berkerja keras.. dan akhirnya ia berbalai2..aite??

Wednesday, July 28, 2010

:: status telah BERTUKAR..yay!! ::

cinta + kasih sayang = anugerah;-)


pejam celik pejam celik.. anak mak + ayah yang seorang ini sudah besar.. waa anak dara gitu;-).. terasa diri sudah sangat bersedia untuk facing dengan dunia kehidupan sebenar.. sudah tamat belajar.. sudah mendapat pekerjaan.. sudah membeli kereta.. tetapi masih menyewa rumah=P.. itu lumrah, aite??


bukankah menjadi seorang isteri + ibu adalah impian setiap wanita?? yup.. same goes to me.. anda bagaimana?? hhehe cepat katakan YA pada soalan ini~.. rutin perjalanan kehidupan ada pasang surutnya.. ada turun naiknya.. bak kata bijak pandai.. hidup ini umpama putaran roda.. sekejap di atas dan sekejap pula di bawah.. perjalananku seperti insan lain.. hanya mengecapi bahagia setelah Tuhan melayakkan diriku untuk itu.. dengan sedikit kesabaran dan ketabahan.. ia sgt berbaloi..:-)


menjadi tunangan kepada sang kekasih yang sangat dicintai adalah suatu anugerah yang sangat mengujakan.. bila kaki sudah setapak melangkah ke alam pertunangan, maka secara automatik diri akan sedikit sebanyak bersedia untuk kehidupan yang lebih jelas.. dengan erti kata lain, tempias tanggungjawab itu makin dirasai.. menjadi suri di hati seorang suami.. errkkkk!!

sayangilah insan yang menyayangi dan menghargai kita..


sangat mengejar sunnah Nabi untuk mendirikan sebuah ikatan yang sah adalah menjadi fokus utama.. bersedia atau tidak, soalan itu harus disimpan dan tidak perlu dikemukakan.. apakah alat pengukur yang menentukan bersedia atau tidak selain merasai dan menjalani nya terlebih dahulu, then barulah mendapat jawapan.. betul kan?? hhehe.. bukankah membina masjid itu suatu tuntutan?? buang jauh-jauh perasaan takut dan gementar, Tuhan pasti menunjukkan jalan dan mengurniakan kita seorang yang sangat berpadanan seandainya jodohmu telah tiba dan tersurat.. makanya dialah insan terbaik untuk memimpinmu..


:: en tunang, terima kasih kerana memilih saya..saya juga telah memilih anda sebagai lelaki teratas bertaktha di hati saya;-).. i love u soo much!!

:: KEMBALI MENULIS BLOG ::


alhamdulillah setelah lama berehat panjang dari menulis blog ini.. secara tidak sengaja naluri ingin menulis dan meng'update' blog datang kembali.. huh.. bismillahirrohmanirrohim.. mulakan dengan menyebut kepada Yang Maha Kaya..


hmmm almost 8 months tidak menulis.. otak sudah berkarat kah?? ooohhh tidak.. masih bersinar..;-)
tidak dapat dinafikan rasa rindu untuk ber'blog' sangat berkobar-kobar setelah mendapat kata-kata semangat dari rakan.. plus saya ini sangatlah bosan di sini.. ok.. thanks God.. moga idea masih mencurah-curah dan akan terus berkembang;-)


peace no war!!