CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Thursday, November 12, 2009

English Discourse for ICT 1st phase..


ku dipanggil untuk menghadiri kursus selama 7hari di Glory Beach Resort,Port Dickson.. baru fasa pertama.. maksudnya ada lagi satu fasa..adoaaaiii..


hmmm nak dijadikan cerita, ku lambat melaporkan diri.. kursus telah bermula selama 2 hari.. dan pada hari aku melaporkan diri.. baru aku tahu selama ini di mana kaki ku berpijak.. secara ringkasnya, baru mendapat kesedaran yang selama ini, orang lain yang berada di sekeliling kita , sama ada sedar atau tidak kadang kala adalah terlalu hebat.. membandingkan diri kita dengan orang lain (dari sudut positif) kadang-kadang memberitahu kita penanda aras tentang siapa diri kita sebenar, tinngi atau tidak ilmu di dada dan cukup atau belum pahala yang dikumpulkan..


fuhh.. berpeluh jugak sepanjang kursus terpaksa dan dipaksa menukarkan mata kepada warna biru.. cakap omputih ma..hehhehehe.. nama lagi kursus bahasa inggeris..


alhamdulillah ku dikurniakan dengan ahli kumpulan yang hebat-hebat.. super hebat dan terlalu supportive.. setidaknya aku tidaklah merasa terlalu kerdil..merasai diri sentiasa diyakini dan diperlukan..;-).. sepanjang berada disini, ku berkongsi bilik hotel dengan kak hayati yang terlalu baik..beliau telah mengajarku banyak benda tentang dunia dan alam di sana nanti.. syukran ya kakakku..


usai kursus, ku bergegas pulang ke rumah untuk meneruskan perjuangan tuntutan kewajipanku.. pada nenek, mama serta anak-anak didikku dengan semangat penuh di dada.. semangat yang memenuhi ruang antara kaki hingga ubun ku.. sesungguhnya ku amat bersyukur dengan peluang yang diberikan ini..tidak sabar rasanya untukku menanti fasa kedua..



p/s:
kak yati- jumpa lagi di fasa kedua..rasanya mahu lagi ku berkongsi bilik dengan kamu.. kata-kata dan nasihatmu tidak mampu ku beli di mana-mana.. kak linda- peluang ini telah ditakdirkan untukku.. sesungguhnya kuasa Tuhan mengatasi segalanya.. kita hanya mampu berdoa yang terbaik..;-)

No comments: