CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Thursday, May 7, 2009

pohonan ZALLIA...


Ya Allah Ya Tuhanku..
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu..Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan segala ketaatan kepada perintahMU..

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna,hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap..Kurniakan lah kami din iaitu cara hidup yang jitu dan unggul...selamat dari mara bahaya.. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta dari orang lain.. Kurniakanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Engkau... Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami,anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami..

Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau kadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat daripada itu...

Wahai tuhan yang cepat memperkenalkan pinta.. Perkenankanlah...Amin..

No comments: