CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Wednesday, May 13, 2009

kursus ZALLIA sampai ke penghujung..




Bismillahhirrohmanirrohim..hari ini adalah hari kedua terakhir kursus di IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi ini... apa yang ku cari disini..? ku sedar pencarian ilmu itu tiada penghujungnya..kerana ku sangat berpegang bahawa tempat ilmu itu ialah pada akal... makin bertambah ilmu semakin terasa kebodohan..orang yang berasa dirinya pandai ialah orang yang tidak mahu menambah pengetahuannya..

hmmm.. disini ku memang terasa ilmu ku baru di gigi pantai.. masih jauh ku perlu mengembara menyelami ilmu yang luasnya bak lautan yang tak berpenghujung..

terima kasih Tuhan memberikan peluang ini utk ku menimba ilmu mu.. InsyaAllah dengan tunjukkan jalanMu yang lurus, akan ku salurkan ilmu ini ke jalan yang Engkau redhai..kepada kawan-kawanku di sini, pensyarah-pensyarahku.. terima kasih daun keladi.. terima kasih kita jumpa lagi... sob.. sob..sob..buwaaaaaaaaa...

p/s..
asmirul..terima kasih ajarku berblog..wah..ku makin hebat sebagai blogger..hehhehe..kakak nisi..terima kasih temanku di sana sini.. kakak maiza..nasihatmu membuatku kuat setiap saat..kakak2 n abang2 KDP bestari 4wiks..jumpa lagi bila kita jumpa... hati-hati di hati..


berniaga utk ZALLIA

kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kain SUTERA TERENGGANU..
sangat cantik..sangat murah.. latest design..
harga yang berpatutan..pelaburan yang berbaloi..
silalah jangan segan..
hubungi ZALLIA di 0199590635

Tuesday, May 12, 2009

ZALLIA..amalankan ini..

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

ZALLIA dan makanan rohani...

Al-Ahnaf Bin Qais ialah seorang ulama yang terkenal di zamannya... Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya... Rumah Al- Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak- anak murid dan sahabat handainya... Mereka yang datang itu adalah untuk tujuan berlajar dan menuntut dari beliau... Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf...

Al-Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan...Berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya... Lalu Al-Ahnaf pun bertanya,"Wahai anak muda! Ada kamu menghiasi wajah mu dengan sesuatu...?"

Jawab pemuda,"Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu... Jika saya bercakap saya tidak pernah berbohong..... Kalau ada orang yang sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar... Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan amanah, saya tidak mengkhianatinya..."

Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Al-Ahnaf,"Benar akan kata-kata mu itu wahai anak muda... Sungguh engkau telah menghiasi diri mu dengan akhlak mulia..."

hari ini, semalam dan esok..mungkin..



4 minggu ini menghadiri kursus di Bangi.. semalam hari yang agak teruk.. emosi ku terganggu.. jiwa ku kacau.. mood ku tiada.. sedangkan assignment ku masih banyak kerana hari ini adalah hari untuk persembahan assignment..

kenapa ku jadi begitu?? akhirnya ku sedar bahawa.. semua yang dirasai..kesedihan..kekecewaan..kegembiraan dan semua rasa itu..ku sendiri yang tentukan..
kenapa ku perlu memilih rasa yang susah..rasa yang menyemakkan hatiku.. rasa yang membiarkan diriku dipengaruhi mood yang merendahkan motivasi..

duduk sejenak..berfikir secara rasional.. pilih dan tentukan lah rasa yang menyenangkan.. rasa yang mengembirakan.. rasa yang membuatkan kita memberikan rasa yang enak kepada orang lain..

kita adalah apa yang kita rasa.. rasa adalah apa yang kita tentukan..

tentukanlah rasa yang seenak-enaknya....wahai darlieeya ZALLIA putri...

cheers,
darlieeya ZALLIA putri


Thursday, May 7, 2009


salam keceriaan..

darlieeya ZALLIA putri..

"bawalah jasadmu kemana-mana tetapi hati tetaplah bersama tuhanMU..

pohonan ZALLIA...


Ya Allah Ya Tuhanku..
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu..Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan segala ketaatan kepada perintahMU..

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna,hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap..Kurniakan lah kami din iaitu cara hidup yang jitu dan unggul...selamat dari mara bahaya.. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta dari orang lain.. Kurniakanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Engkau... Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami,anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami..

Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau kadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat daripada itu...

Wahai tuhan yang cepat memperkenalkan pinta.. Perkenankanlah...Amin..