CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik Sini Utk 4sen

Thursday, November 12, 2009

English Discourse for ICT 1st phase..


ku dipanggil untuk menghadiri kursus selama 7hari di Glory Beach Resort,Port Dickson.. baru fasa pertama.. maksudnya ada lagi satu fasa..adoaaaiii..


hmmm nak dijadikan cerita, ku lambat melaporkan diri.. kursus telah bermula selama 2 hari.. dan pada hari aku melaporkan diri.. baru aku tahu selama ini di mana kaki ku berpijak.. secara ringkasnya, baru mendapat kesedaran yang selama ini, orang lain yang berada di sekeliling kita , sama ada sedar atau tidak kadang kala adalah terlalu hebat.. membandingkan diri kita dengan orang lain (dari sudut positif) kadang-kadang memberitahu kita penanda aras tentang siapa diri kita sebenar, tinngi atau tidak ilmu di dada dan cukup atau belum pahala yang dikumpulkan..


fuhh.. berpeluh jugak sepanjang kursus terpaksa dan dipaksa menukarkan mata kepada warna biru.. cakap omputih ma..hehhehehe.. nama lagi kursus bahasa inggeris..


alhamdulillah ku dikurniakan dengan ahli kumpulan yang hebat-hebat.. super hebat dan terlalu supportive.. setidaknya aku tidaklah merasa terlalu kerdil..merasai diri sentiasa diyakini dan diperlukan..;-).. sepanjang berada disini, ku berkongsi bilik hotel dengan kak hayati yang terlalu baik..beliau telah mengajarku banyak benda tentang dunia dan alam di sana nanti.. syukran ya kakakku..


usai kursus, ku bergegas pulang ke rumah untuk meneruskan perjuangan tuntutan kewajipanku.. pada nenek, mama serta anak-anak didikku dengan semangat penuh di dada.. semangat yang memenuhi ruang antara kaki hingga ubun ku.. sesungguhnya ku amat bersyukur dengan peluang yang diberikan ini..tidak sabar rasanya untukku menanti fasa kedua..



p/s:
kak yati- jumpa lagi di fasa kedua..rasanya mahu lagi ku berkongsi bilik dengan kamu.. kata-kata dan nasihatmu tidak mampu ku beli di mana-mana.. kak linda- peluang ini telah ditakdirkan untukku.. sesungguhnya kuasa Tuhan mengatasi segalanya.. kita hanya mampu berdoa yang terbaik..;-)

ku berpeluang ke MIRI, sarawak...

sekadar berlibur dan ber'window shopping



cuaca agak dingin..sangat nyaman ditiupi bayu lembut dari laut..



seawal 530 pagi kami tiba di airport..


aku mengiringi atlit perahu layar ke KFC-international regatta kat piasau boat club, miri.. sebenarnya bukan mengiringi, lebih kepada makan angin dan berjalan-jalan.. MIRI bagiku selesa sebagai tempat untuk berhidup dalam dunia yang serba mewah.. apa tidaknya, daerah yang kaya dengan minyak dan petroleum.. menginap di Imperial Hotel sungguh mengujakan.. dengan talian internet yang bagus, kemudahan yang baik dan paling penting, dekat dengan tempat membeli belah..hehhehehe..


hari terakhir sempena 'prize giving' ku kembali ke kelab.. hari pertama dan kedua, ku mengalami selsema dan demam yang teruk.. apa yang lebih menarik perhatian ku adalah 'hallowen party' yang disambut oleh 'foreigners' dan ahli keluarga...kebanyakan mereka tinggal di rumah2 agam berdekatan kelab, bekerja dalam sektor minyak dan gas.. sungguh meriah.. anak-anak dipakaikan dengan pakaian2 yang pelik dan muka disolek seperti hantu..


meninggalkan Miri dengan menaiki penerbangan sebelah malam.. suasana berbeza berbanding hari kedatangan.. semoga berjumpa Miri lagi di lain masa..;-)

NOTA INI...



ermmm.. untuk mengeluh ku tidak tahu atas sebab apa.. cuma bila aku terjumpa nota ini di dalam lipatan buku-buku ku, ku tahu ini merupakan luahan hati ku tidak lama dulu.. waktu itu seingatku, suasana sunyi di kelas pelajar sedang menduduki peperiksaan akhir.. tatkala itu..hatiku benar-benar meluahkan perasaan berlagu pilu lalu ku coretka di atas kertas.. lebih baik daripada air mataku mencurah di hadapan pelajar.. kan??



mengapa memilih untuk sengsara.. bukankah janji Tuhan itu pasti.. bersabar dan bertabah lah untuk sesuatu yang indah.. lambat atau cepat itu terpulang.. yang penting, panjatan doa mesti senantiasa..


p/s : huda dan yune, terima kasih banyak2 atas nasihat kalian.. 3G memang sentiasa kuat.. kan??

Wednesday, September 9, 2009

majlis BERBUKA PUASA R515AW

Lt Kol Amir, Ltm Pak lah, Ltm Yus, Ltm X, Ltm Din dan Ltm Shahril..wahhh..ensemnyaaaa..


yummy..yummy.. bestnya makanan.. adakah ini masakan dari cookhouse???


tanggal 5hb & 6hb sept 2009.. di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Transit, KL..


alkisahnya that time memang semangat sangat nak pergi ke kem.. tak tahu kenapa, tp yang pasti pagi-pagi sabtu tu dah dapat orders dari ltm aiza suruh pergi melapor seawal 0730am.. uishhh biar betul..

dengan selamba, 0900am baru menggerakkan diri dari rumah alone..huhuhu 1st time pergi ke kem drive sorang2..rasa macam nak menangis pun ada..kan best kalo si dia ada menemankan..uh..! lupakan..

aku berjaya membawa diriku ke jalan yang lurus..sesampai di kem, perkataan pertama yang aku dengar "uishh sejuknya tangan.." hahhahaha apa tak nya..tadi b4 sampai sempat dulu makan buah langsat..:-P..

segala persiapan untuk acara penting malam tu anggota dah bertungkus lumus mengerah tenaga hampir seminggu.. memang kerahan betul.. aku memang mencari pasal petang tu..dengan selamba aku menuang duty keluar berlibur sebentar.. nannanana..

balik2 kem, berasap jugak telinga kena sound dengan kapt zalman.. nasib baik dapat bodek balik..lagi nasib baik kapt jamal agak sporting..hhehehhe..thanks sir!

aku dan ltm ayu semangat betul makan walaupun kami tak lapar sangat..memang sangat tak lapar sebab siang tu kami dah operasi siap2.. kesian si ltm ariesta, ltm aiza dan ltm ina..tak dapet den nak nolong..brotherhoods of r515aw, kita jumpa lagi nanti k..


p/s : ltm shahril, terima kasih menemankan ku menghantar ltm ayu dan ltm ariesta malam tu.. memang boleh jadi pemandu f1 lah..hampir mengigau tidurku malam tu..nway, mesti kami rindu kamu selepas ini.. jangan lupa datang menjenguk kami lagi k..

Monday, September 7, 2009

petunjuk prestasi ZALLIA..



KPI seorang ISLAM meletakkan sasaran bertemu ALLAH di akhirat..


IBADAT-
sejauh mana tahap keislaman, keimanan dan ihsan bergantung kepada hati budi masing-masing..


HAJI-
satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan sekali seumur hidup..


hari ni..sambungan seMALAM...

malam tadi..lenaku diganggu lagi.. sama seperti semalam.. tidurku hanya ditemani air mata.. akhirnya ku sedar hari sudah hampir siang tatkala bunyi ayam berkokok.. oh.. ku menghabiskan malamku hanya dengan menangis..hemmm apakah nasib yang terkenang.. apakah ini memang suratan takdir dari Luth Mahfuz..??takdir dan ujian itu tidak pernah salah.. hanya bertujuan untuk memperkasakan hati ini menjadi lebih tegar..

ZALLIA..jangan sesekali menyesali apa yang terjadi.. jangan hanya mengenang pada bayangan yang tak pasti..teruskan hidup dengan semangat yang berbaki..masih ada yang menunggu.. Tuhan itu Maha Adil.. Maha Mengetahui.. selalu lah memegang pada kata-kata ini:

"orang yang bekerja berat, badannya akan kuat.. orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa.. dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Allah.."



p/s:
sahabatku yang bernama al wathiqu, kapt zalman, kapt jamal, ltm shahril dan juga tanpa lupa, teman baikku,yune.. terima kasih untuk sentiasa di sisi saat ku hampir jatuh..

ZALLIA dan percutiannya..



14ogos sehingga 16ogos 2009
sesungguhnya Tuhan itu memang Maha Kaya.. ku teringin sangat mahu ke Sabah.. maka dengan izin-Nya ku diberi rezeki untuk berada di bumi nan indah itu selama 3 hari.. lebih mengujakan bila tanpa disangka-sangka ku berjumpa dan menghabiskan masa bersama dengan kawan baik ku nan satu, Nurul Ezzah bin Jasri..langsung ku men
ggunakan peluang yang ada untuk kita kembali ke zaman2 tidur sebantal, makan sepinggan di universiti dulu.. seronok..mengujakan dan terlalu mengujakan waktu itu...

apa yang terjadi di sana..?
yune,tanpa kamu mungkin percutian di sabah kurang hangat..:-).. maksud ku, betapa seronoknya dapat melihat ikan-ikan cantik di pulau manukan yang bersih pantainya bak syurga, jernih airnya umpama cerminan dasar lautan bersama kamu.. masih ingatkah suasana hiruk pikuk pada malam kita menikmati keenakan ikan bakar di medan seler
a sebelah pasar filipina bersama kak wok?? wah... perut yang kempis tiba2 kembung serta merta.. masih terasa kelazatan ikan segar itu..best..best..:-)

saat kedatangan kamu dari sandakan, ku bersama kak wok sempat sangat memborong di pasar filipina.. semua nama yang terlintas di fikiran waktu itu ku titipkan hadiah sebagai ole-ole.. balik ke hotel dengan menjinjit barang2 yang penuh di tangan sangat berbaloi.. hhehehehhee..

dalam hujan lebat, saat tibanya waktu kamu meninggalkan kami dengan unser untuk kamu kembali ke sandakan ada sendu di hatiku.. bilakah kita dapat bert
emu lagi.. sesungguhnya tidak pernah terlintas di fikiranku untuk kita bertemu di sana..semuanya ketentuan TUhan..terima kasih yune atas masa yang diberikan.. harap kita diberi kesempatan berjumpa lagi..

Wednesday, May 13, 2009

kursus ZALLIA sampai ke penghujung..




Bismillahhirrohmanirrohim..hari ini adalah hari kedua terakhir kursus di IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi ini... apa yang ku cari disini..? ku sedar pencarian ilmu itu tiada penghujungnya..kerana ku sangat berpegang bahawa tempat ilmu itu ialah pada akal... makin bertambah ilmu semakin terasa kebodohan..orang yang berasa dirinya pandai ialah orang yang tidak mahu menambah pengetahuannya..

hmmm.. disini ku memang terasa ilmu ku baru di gigi pantai.. masih jauh ku perlu mengembara menyelami ilmu yang luasnya bak lautan yang tak berpenghujung..

terima kasih Tuhan memberikan peluang ini utk ku menimba ilmu mu.. InsyaAllah dengan tunjukkan jalanMu yang lurus, akan ku salurkan ilmu ini ke jalan yang Engkau redhai..kepada kawan-kawanku di sini, pensyarah-pensyarahku.. terima kasih daun keladi.. terima kasih kita jumpa lagi... sob.. sob..sob..buwaaaaaaaaa...

p/s..
asmirul..terima kasih ajarku berblog..wah..ku makin hebat sebagai blogger..hehhehe..kakak nisi..terima kasih temanku di sana sini.. kakak maiza..nasihatmu membuatku kuat setiap saat..kakak2 n abang2 KDP bestari 4wiks..jumpa lagi bila kita jumpa... hati-hati di hati..


berniaga utk ZALLIA

kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kain SUTERA TERENGGANU..
sangat cantik..sangat murah.. latest design..
harga yang berpatutan..pelaburan yang berbaloi..
silalah jangan segan..
hubungi ZALLIA di 0199590635

Tuesday, May 12, 2009

ZALLIA..amalankan ini..

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

ZALLIA dan makanan rohani...

Al-Ahnaf Bin Qais ialah seorang ulama yang terkenal di zamannya... Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya... Rumah Al- Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak- anak murid dan sahabat handainya... Mereka yang datang itu adalah untuk tujuan berlajar dan menuntut dari beliau... Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf...

Al-Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan...Berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya... Lalu Al-Ahnaf pun bertanya,"Wahai anak muda! Ada kamu menghiasi wajah mu dengan sesuatu...?"

Jawab pemuda,"Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu... Jika saya bercakap saya tidak pernah berbohong..... Kalau ada orang yang sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar... Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan amanah, saya tidak mengkhianatinya..."

Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Al-Ahnaf,"Benar akan kata-kata mu itu wahai anak muda... Sungguh engkau telah menghiasi diri mu dengan akhlak mulia..."

hari ini, semalam dan esok..mungkin..



4 minggu ini menghadiri kursus di Bangi.. semalam hari yang agak teruk.. emosi ku terganggu.. jiwa ku kacau.. mood ku tiada.. sedangkan assignment ku masih banyak kerana hari ini adalah hari untuk persembahan assignment..

kenapa ku jadi begitu?? akhirnya ku sedar bahawa.. semua yang dirasai..kesedihan..kekecewaan..kegembiraan dan semua rasa itu..ku sendiri yang tentukan..
kenapa ku perlu memilih rasa yang susah..rasa yang menyemakkan hatiku.. rasa yang membiarkan diriku dipengaruhi mood yang merendahkan motivasi..

duduk sejenak..berfikir secara rasional.. pilih dan tentukan lah rasa yang menyenangkan.. rasa yang mengembirakan.. rasa yang membuatkan kita memberikan rasa yang enak kepada orang lain..

kita adalah apa yang kita rasa.. rasa adalah apa yang kita tentukan..

tentukanlah rasa yang seenak-enaknya....wahai darlieeya ZALLIA putri...

cheers,
darlieeya ZALLIA putri


Thursday, May 7, 2009


salam keceriaan..

darlieeya ZALLIA putri..

"bawalah jasadmu kemana-mana tetapi hati tetaplah bersama tuhanMU..

pohonan ZALLIA...


Ya Allah Ya Tuhanku..
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu..Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan segala ketaatan kepada perintahMU..

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna,hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap..Kurniakan lah kami din iaitu cara hidup yang jitu dan unggul...selamat dari mara bahaya.. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta dari orang lain.. Kurniakanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Engkau... Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami,anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami..

Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau kadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat daripada itu...

Wahai tuhan yang cepat memperkenalkan pinta.. Perkenankanlah...Amin..